Selalu sahaja, manusia itu,
perlukan belaian, perlukan kasih sayang,
semua itu boleh dimengerti, semua itu fitrah
Namun, wahai sayang-sayang sekalian,
berpada-padalah dalam berperasaan,
jangan kerana kekecewaan,
kamu menolak hidup jauh ke tepi,
kamu tinggalkan cita-cita kamu,
malah kamu lupa kepada Dia yang menciptakan cinta
Hendak bercinta, bercintalah,
tetapi jangan sampai kamu terlupakan matlamat hidup,
jangan sampai kamu terlupakan tanggungjawab kamu,
jangan sampai kami terlupakan untuk menjaga tingkah laku kamu
projectillum.com
Jika kamu yakin masanya belum sampai, maka bertahanlah,
pintalah yang terbaik dari Dia,
jika kamu gusar, mintalah kepada Dia yang menenangkan hati,
sungguh, hanya Dia yang menjaga pertautan hati kamu
Comments
Post a Comment