Usah merasa lemah saat kamu mahu berubah namun
perubahan itu diperkecilkan oleh orang lain. Kerana ALLAH itu Maha
Melihat. ALLAH sentiasa melihat betapa susahnya kamu berjuang untuk
meninggalkan jahiliah dalam diri kamu dan menggunting gunting ikatan
ikatan terhadap jahiliah dan betapa tekad kamu untuk berubah namun
sebagai manusia kamu selalu sahaja terjatuh dan tergelincir. Sebab itu
bila kita tergelincir kemudian taubat lagi, kemudian tergelincir dan
taubat lagi dengan malu yang menguasai diri, ALLAH masih menerimanya,
dengan berkata, HambaKu itu bukannya apa, dia tahu masih ada yang mampu
mengampunkan dosanya. =)
Petikan dari Kuliah Dr Asri Zainal Abidin bertajuk Jangan Menitiskan Air Mata Kerana Video Ini 2 - Youtube
www.valdosta.edu
Comments
Post a Comment