Menghadapi Ujian Dengan Redha

Apabila menghadapi ujian, maka jiwa yang lemah (termasuklah diri ini) akan mula memberontak. Yang menyedihkan ialah apabila ujian tersebut ditanggapi dengan carutan dan makian. Aku melihat mereka yang bertimpa-timpa ujiannya masih teguh berdiri. Kata orang, jika mahu melihat seseorang yang ketimpaan ujian, lihatlah saat awal-awal ujian tersebut mengenainya.

Mereka...

  • Tidak merungut walau sedikitpun. Lidah mereka seolah-olah terhenti daripada memperkatakan yang jelek-jelek mengenai ujian yang diterima, hatta kepikiran mahu menyalahkan orang lain sekalipun.

  • Tidak menunjukkan tanda-tanda gusar akan apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Jika gusarnya pun bukanlah kegusaran yang melampau. Malah kebimbangan itu masih boleh dikawal. Tiada tanda kemurungan atau dirundung kedukaan yang jelas.

  • Sentiasa berzikir apabila menerima ujian. Di mulut tidak ada carutan. Dengan kelemahan diri yang ada, maka terhambur segala macam carutan dan umpat keji, sekiranya dia bukan berada di pihak yang salah. Ada yang aku sebutkan sebelum ini, aku berselisih dengan seorang yang bertudung singkat, berbaju lengan pendek dan mekap tebal. Apabila berselisih, perkara pertama yang aku ucapkan adalah "Ish", perempuan itu, yang menyedarkan aku, mengucapkan "Allah". Maka segala penghakiman iman tinggi dan rendah itu cumalah milik Allah, dan bukan sekali-kali milik manusia. Anda lebai anda ustajah yang terpenting hati dan amal anda harus seiring. Jika tidak, sekiranya anda memenangi kes Akta 164 sekalipun eh eh...  Apakah anda yakin untuk beroleh surga?

  • Sentiasa positif akan apa yang berlaku. Meyakini diri sendiri bahawa mereka kuat, dan segala ketentuan baik akan dikurnia Allah seandainya...

Seandainya mereka husnuzzhon sama Allah.

  • Memperbanyak amal. Malah ketaatan itu akan bertambah, dengan tambah takutnya menanggapi maksiat. Umpama mendekati lampu sewaktu di jalanan malah ketiadaan orang lalu lalang. Sekiranya maksiat masih berjalan seperti biasa...nah... 
 
  • Sepenuh pengaduan mereka hanyalah teruntuk kepada Allah. Allah sahaja. Yang dicari adalah tikar sejadah, bukan menskrol contact numbers untuk didail. Kemudian menangis merengek-rengek minta perhatian dan pertolongan. Sedang yang punya upaya untuk mengubah keadaan menjadi lebih baik adalah Allah. allah yang kekal. Perhatian manusia akan sirna, hati mereka akan berbolak balik sama ada hendak menolong atau tidak, tapi perhatian Allah tidak akan pernah pudar. Jika doa lambat dimakbulkan maka sudah semestinya Dia punya perancangan yang lebih baik, dan bukan sekali-kali lambatnya makbul maka berarti kita akan dinerakakan. Bukan.



Semoga ini menjadi peringatan untuk diri ini yang acap kali leka dan buat-buat leka meski tahu apa ganjarannya sekira redha.

Comments