Nak Berubah, Camnehaa?

Assalamualaikum..yaa bertemu lagi kita dalam Rancangan, Aku Baik Kau Baik Dunia Baik Haaaaa..


Okey, pada kali ini kita akan berbincang mengenai suatu isu yang sangat hangat diperkatakan dan gosip gosip liar yang berkaitan. Maka kita akan tanya sendiri kepada mereka yang lebih arif, cara membaikkan diri? Cara tu betul ke tidak? Haaaa..jom kita terjah!


*muzik terjah menerjah di mana kehadirannya iye iye iye*


Seleb : Owh, hehe, alhamdulillah bersyukur atas award jadi Khalifah di bumi ni, setakat ni saya okay, kerja study berkawan macam biasa.


Wartawan : Ah ye tapi nak tanya lah kan, kan, kan? Dengar cerita awak tahu cara nak membaikkan diri? Betul ke?



Seleb : Ah ye, tahu, sikit. Takdelah betul, ada cara lain sama. Cuma yang cara ini saya reka sendiri. Saya masih dalam peringkat mengenali cara yang betul lah. Kalau ade jodoh, saya maintain lah dengan cara tu. So betul lah nanti kalau kami dah commit. Hehe


Wartawan : Hess, macam mana tu sebenarnya?


Seleb : Resepinya mudah. Mula mula, saya berkawan dengan kawan kawan yang baik. Lepas tu, perbaiki ibadat wajib. Then, saya campurkan ibadat sunat. Sikit je tapi kena maintain lah. Tilawah baca buku agama solat sunat qiyam yang mana mampu. Next, saya buatlah jadual. Tick tick je, baru disiplin.


Wartawan : Oh, thanks, haaa..peminat peminat fangirling fanboying di sana, dah clear ke belum persoalan? Ya cik Seleb, ada apa apa lagi yang nak ditambah?


Seleb : Oh oh yes, above all, doalah selalu semoga maintain dapat hidayah selalu ye!


Wartawan : Ya itudia persoalan kita dah terjawab. Apapun kita zasss ke segmen lain pulak!


Comments