Kebaikan Yang Terlindung

Umum kita ketahui. Apabila kita melihat siapa siapa sahaja yang berada berdekatan kita, ataupun di laman sosial, kita tak akan terlepas daripada menghakimi seseorang tersebut.


Apakah kita sedar bahawa perkara perkara yang zahir, belum tentu membawa maksud batinnya serupa seperti yang dilihat.


Justeru, bukanlah kuasa kita untuk menghakimi siapa betul siapa salah. Ada yang kelihatan baik dalamnya memang baik. Ada yang kelihatan jahat dalamnya memang jahat dan begitulah sebaliknya. Ada pula yang sedang berusaha menghakis sisa sisa kejahatan dengan susah payah, tetapi yang terzahir adalah apa yang jahat.


Itu kita tidak tahu. Soal hati, sekali lagi, bukan bidang kuasa kita.


Bersama teman teman yang kelihatannya orang awam, namun akhlak mereka jauh lebih bagus.


Pendek kata, bak kata Dr Majdi Hilali, manusia adalah apa yang ada dalam sub consciousnya. Apa yang ada dalam minda bawah sedarnya. Walaupun kita tidak boleh menghakimi, namun ada kalanya kita ditampakkan dengan sub conscious manusia.


Ada yang beramal namun mendekati ajalnya dia masih sempat bicara harta yang belum habis dikumpul.


Aku pula?


Aku melihat seorang teman, makan di suatu kedai makan di sebuah kompleks pelancongan. Cuma kedai makan itulah satu satunya di situ. Ada yang datang cuma barang lepak-lepak minum air. Kami bertiga saja yang makan tengah hari di situ.


Temanku ambil ayam dan sedikit nasi serta air. Aku juga sama. Usai menyuap makanan, serasa mahu menyumpah. Tomyamnya cair seperti air paip tetapi harganya mahal. Maka di sini kalian boleh tahu sub conscious ku.



Buruk kan?


Sementara itu, dua orang temanku itu makan seperti biasa. Mereka yang tidak aktif berstreet dakwah sana sini. Bukan yang postingan sharingan yang Islami. Bukan.


Namun mereka tidak terluah langsung sebarang komen mengenai rezeki yang mereka. Cuma makan.


Aku jadi termalu sendiri. Mereka memang tidak tahu. Cuma aku yang malu.


Jikalau di hadapan orang sahaja sudah malu dengan sub conscious diri, apalagi depan Allah yang sentiasa melihat. Yang pandangan-Nya menembus ke dalam hati. Yang sedang memperhitung segala sumpah seranah dalam hati.


Begitu juga halnya dengan tersadung akar, lipas yang terbang.


Terlihat sub conscious itu. Biar sebaik mana pun zahir yang kelihatan.


Ada cara menyamakan sikap zahir dan sikap batin. Ada cara.


1. Sentiasa perbetul niat. Semua untuk Allah.

2. Istighfar setiap kali terasa hendak menunjukkan kebaikan kepada orang lain.

3. Teruskan amal, kerjakan terus menerus.


Ya, amal semua untuk Allah. Kalau mahukan pujian, untuk apa beramal. Untuk apa beribadat.


Jika takut terpesong niat, maka ya, kerjakan secara diam diam. Contohnya postingan Islami, letakkan nama samaran.


Tahajudmu, kerjakan diam diam.


Bacaan fikrahmu, baca sorok sorok.


Tilawahmu, selindung selindung.


Mahu lebih ikhlas lagi, sentiasa hapus amalan lamamu. Maknanya, kamu akan membina mindset bahawa amalmu masih belum cukup. Maka kamu akan kerjakan lagi dan lagi.


Hidup ini mudah jika kita ikut sahaja aturannya. Rujuk pada sumbernya.


Comments