Ringkasan Muqaddimah Tafsir Fi Zilal Quran Karangan Sayyid Qutb


Salam alaik. Maaf atas entri yang main redah dan tidak dilabel, insyaAllah kalau ada masa, akan dilabel-label ikut jenisnya supaya mudah nak dibaca antum dan antunna sekalian.

Antara tulisan yang aku sempat baca dan terasa jatuh cinta namun jugak menyentap hati adalah tulisan Sayyid Qutb. Baru sahaja berpeluang untuk membaca Petunjuk Sepanjang Jalan, yang sepatutnya aku baca terlebih lama dahulu sebelum menelaah buku-buku falsafah yang membuatkan aku hanyut dengan kekerdilan ciptaan-ciptaan teoritikal manusia yang tidak selari dengan fitrah manusia malah mengikut hawa nafsu sendiri. Sunggub aku terkesan.

Namun pada hari ini, (juga sebab aku diamanahkan untuk mencari bahan dan menerangkannya sewaktu usrah), aku ditugaskan untuk menyampaikan tentang Muqaddimah Tafsir Fi Zilal Quran. Aku tak sempat nak menyampaikannya lantaran kami sibuk bicara hal-hal semasa yakni Kpop dan ada sedikit menyentuh soal Charlie Hebdo, filem PK dan juga Sydney Siege usai bertilawah. Harapnya walau aku tak berkesempatan menyampaikannya dalam usrah maka aku boleh sampaikan di sini (dan juga untuk DF teman-teman yang serasa aku hendak patah jugalah hati kerana aku juga 'asiy orangnya).

Menurut Sayyid Qutb, pandangan manusia yang diresapi jahiliyah adalah tidak matang sepertimana orang yang benar-benar imannya. Mereka memandang dunia ini segala-galanya, dan perkara yang tidak ada nilainya dijunjung tinggi. Sini aku tuliskan...











Di negara yang tidak dinaungi kenikmatan, tiada dinaungi lembayung al-Quran,
maka orang-orangnya, cita-cita penduduknya adalah kerdil,
mereka bangga dengan ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman, pemikiran,
minat, percobaan dan keteloran lidah kanak-kanak.

http://islamicartdb.com/wp-content/uploads/2013/03/reading-quran.jpg

Nah sekarang cuba kita lihat, bagaimana kanak-kanak bila melihat sesuatu yang baharu, ataupun mainan? Bagi kita, kita beranggapan mainan itu semua leceh, tutur kata mereka baru setakat asas, vocab mereka tak adalah sofistikated, yang mereka mahukan apabila besar mungkin untuk menjadi puteri putera racer tetapi kita melihat racer itu perkara leceh. Yang lebih penting apabila besar adalah memiliki rumah dan kenderaan dan juga pekerjaan, bukan duduk bermainan leka dengan pensil warna. Kalau nampak budak lelaki comel rambut bergel Brylcream, budak perempuan rambut panjang ikat tocang skirt ropol-ropol cukup mudah jatuh hati, tetapi bagi yang sudah dewasa, bukan itu yang penting (mungkin statement ni tak adalah berapa tepat pun, ehehe). Yang dipentingkan adalah sekufu, dan kalau kahwin itu dipandang sebagai komitmen, bukan seronok seronok naik atas pelamin pakai baju indah. Aku tak tahu bagaimana kalian faham, tetapi beginilah yang aku faham akan tulisan Sayyid Qutb yang satu ini.

Tak mahu menuju nak menyentap sesiapa, aku sendiri pun, ehem, nampak baju cantik mulalah juling juling biji mata. Dan adalah bila dah habis pishang, ataupun sedikit pishang, aku buka Pou. Takpun City Island. Walaupun kadang-kadang bila dimuhasabah balik itulah keinginan kanak-kanak, nak menyegak, makan sedap, main. Rasanya aku ada masalah dua personaliti macam Jekyll and Hyde. Mungkin.






- Mereka tidak mendengar seruan Allah yang dapat meluhur, memberkati 
dan membersih usia manusia.








- Alam syahadah ini bukan setakat dunia ini sahaja, malah merangkumi alam ghaib.
Dan sesungguhnya maut itu kalau dilihat dari pandangan orang beriman, bukanlah
penamat segala-galanya bahkan cuma peringkat perjalanan hidup
yang kita akan lalui.







- Allah mengangkat kita sebagai khalifah dengan tali akidah, dan di atas tali akidah inilah 
kita mesti bersatu padu. Kenapa nak kira engkau India Muslim cakap Tamil, 
engkau Cina jadi mualaf 
(walaupun dah bertahun masuk Islam tapi matanya sepet maka mualaflah tu)








- Alam ini tidak diciptakan dengan bermain-main, malahan dicipta dengan ukuran yang rapi, 
intinya
dari Surah al Qamar ayat 49 dan Surah al Furqan ayat 29.










- Melalui muqaddimah sesuatu peristiwa, kita tidak boleh mengagak kesudahan 
ataupun apa yang akan berlaku pada pertengahan cerita. 
Tetapi pertengahan jalan dan ending kisah, Allah lah yang tentukan. Tidak semestinya, muqaddimahnya buruk, maka endingnya harus buruk. Tidak. 

Aku, walau bagaimanapun, percaya kalau nak buat jahat muqaddimah dah buruk, maka kesimpulannya janganlah buat. Ini dalam konteks buat jahat saja, tak terpakai untuk buat baik ye.











- Syariat yang digubal untuk kita telah mengambil kira fitrah, tenaga, bakat semulajadi, 
kekuatan, kelemahan, tidak memperkecil kebolehan manusia,
tidak ada daya khayalan, tidak terlalu meninggikan darjat manusia,
dan tidak terlalu merendahkan martabat manusia seperti binatang.

Yang aku faham, tidaklah terlalu tinggi hingga manusia berasa boleh mengatasi Tuhan dengan kudrat sendiri, dan tidaklah terlalu rendah seperti binatang, ada akal tapi mabuk mabuk dan bunting makan saja kerjanya.








- Sesungguhnya masa depan itu tidak terbatas dengan umur, malahan 
mereka yang beriman dan cinta akan hidup dinaungi al Quran,
tidak takut mati










- Seterusnya juga tulisan Sayyid Qutb ditujukan untuk pendokong isme isme selain Islam,
diumpamakan mereka ini seperti petani yang tidak sabar
untuk mengutip hasil pertanian (crop), bagi mereka, bila arahan diberi,
semua harus sedia ikut, tak boleh ada alasan.
Samalah halnya seperti petani yang nak kutip crop tanpa ambil pusing soal
belalang, tikus, banjir, baja tidak cukup, tanah tidak gembur.
Tambahan pula, isme isme ini tidak selari dengan fitrah manusia
yang perlukan kesabaran dan fleksibel.












- Jika kebenaran itu menurut hawa nafsu, sudah tentu mati musnah bumi.
Surah al Mukminun: 71












- Dan sesungguhnya tidak ada kerehatan (aku suka berehat, hurmm) melainkan semua
makhluk sudah kembali menumpahkan ketaatan kepada Allah. 
Supaya boleh dipimpin dunia ini untuk kebaikan, keberkatan, ketinggian, dan kesucian fitrah.













- Marilah kita pulang kepada Allah, merujuk dan berhakim kepada Allah.
Ia bukanlah perkara ikut suka, sukarela, sunat, atau harus dsb.
Ia adalah perkara beriman atau tidak beriman.











- Sesungguhnya ibu kunci kebahagiaan, kesejahteraan umat manusia ialah al Quran,
jika tidak mahu pulang kepada al Quran, maka











- "...kerosakan di langit dan di bumi itu adalah akibat tangan-tangan manusia sendiri,"
Surah al Rum: 41












- Tidak boleh dipisahkan pembangunan dengan sistem Ilahi. Yang memisahkan itu terbahagi
kepada dua kumpulan.
Yang pertama, penyesat dan penipu, mereka meletakkan dua perkara ini,
di dua neraca (timbangan).
Kalau akhirat, akhirat saja. Dunia, dunia saja.
Yang kedua, mereka tidak ada kefahaman yang mendalam, 
mereka kagum dengan alam, kebendaan, lalu mereka pisahkan dunia dan akhirat.

















"Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan 
mereka sendiri yang mengubahnya,"
Surah ar Rad: 11














Dan sekarang kita lihat, tamadun yang cukup maju dalam kebendaan,
tetapi insaniyyah mereka sungguh miskin dan gagal.
Boleh lihat dalam siri perang saudara, budaya-budaya kasino, judi, arak, rogol di Amerika,
Jepun, India, dan Malaysia pun tak terkecuali.

http://comps.canstockphoto.com/can-stock-photo_csp18102256.jpg
Civilisation, kata mereka.














Dan yang last sekali, jika hendak melaksanakan syariat, kena tanamkan dulu keimanan,
tidak guna syariat tanpa ada akar tunjang yang sangat besar
 (ayat ini boleh difahami ikut konteks pasca banjir Kelantan sekarang, barangkali?)











PS: Terlihat post untuk membangunkan dan memberi kesamarataan umat manusia menerusi Rawls, Marx, Habermas dan lain-lain. Sungguh aku terusik pada ayat 'al Quran dan hadis tidak memberikan model dan bentuk' tentang keadilan di atas muka bumi. Bicaranya hegemoni. Nak marah, aku sendiri pernah berada di tempatnya. Bisa jadi salah orang Islam sendiri tidak mahu memikirkan cara, ataupun malas nak buat kerja. Seketika teringat ayat ayat tempelak dalam Petunjuk Sepanjang Jalan. Ada kesempatan akan aku kongsikan di sini ayat hentaman tersebut, yang sepatutnya aku baca sebelum membaca falsafah.





Comments