Jom Bedah Juzuk 21 & 22!


Assalamualaikum,

Jom kita bedah Quran pulak, sebab sekarang ni demam KPoppers sedang melanda, jadi jomlah kita demamkan kejap diri dengan ayat ayat Quran pulak. Ayat ayat Quran ni boleh bawak ke kubur, KPop tidak.

Silakan untuk tidak bersetuju, tetapi seperti mana handphone kita dicipta, sudah tentulah kita nak handphone kita melaksanakan tugasnya (post ada bau-bau handphone rosak, ehehe). Begitulah jugak kita dicipta, untuk mentadbir dunia. Kalau kita ikut suka hati, kemik suka hati, overcharge suka hati, sudah tentu developer akan tendang buang campak masuk tong sampah atau diformat semula. Hapus dan ganti baru. hapus dan ganti baru. Hapus dan ganti baru.

Tak pernah dengar ke ayat ni, Kemudian kami hapuskan mereka dan gantikan dengan umat yang baru?

Sediakah nak dihapuskan?


Baiklah. Kita mulakan pembedahan sekarang.

Dua juzuk ini banyak berkaitan dengan akidah. Allah tegaskan bukti kekuasaan Allah tu macam angin, hujan, binatang ternak, gunung ganang, air tawar tak bercampur dengan air masin yang boleh dijelaskan secara fizik, dan juga penciptaan langit, supaya umat yang diseru dibujuk ke arah kebaikan itu beriman. Selain itu jugak, aku jumpak ayat yang menyuruh supaya hamba-hamba itu bulat-bulat menyerah diri, bulat-bulat tu macam solely lah. Maksudnya bergantung pada Allah sahaja dan tidak kepada sesembahan yang lain. 

Jom kita fahamkan secara tersiratnya. Sesembahan ataupun bahasa umum yang kita selalu baca dalam tafsir adalah berhala. Secara tersiratnya, apa apa yang kita utamakan lebih dari ibadah kepada Allah (hek eleh apakah aku selalu utamakan Allah yang aku dok berkeyboard warrior di sini?) Mungkin juga benda-benda kebendaan, material mahupun ciptaan Allah itu sendiri yang kita rasa kita tak boleh nak hilang. Mohon betulkanlah kalau salah.

Dan kemudiannya, aku jumpak ayat yang hamba yang tidak percaya Allah, berulang kali Allah bagi amaran. Akan dibelenggu dengan besi di leher. Bukan di juzuk ini saja malah di juzuk juzuk lain juga begitu. Peringatan yang sama, diulang-ulang dalam bentuk dan gaya bahasa yang lain. Tetapi juga dengan peringatan yaang diberikan, suruh renungi langit dan bumi, tetap saja orang musyrik itu bertanya, apakah lagi bukti yang ada, nak suruh kami sembah Allah?

Kemudian datanglah ayat ini. Ayat ini sangat menyentap, bukaan untuk orang kafir saja, tapi untuk kitalah, masih segan segan nak ibadat, nak dakwah. Dakwah? Tetttttt..ada buatkah? Ke aku ni salah sorang penyeru yang perasan? 

Tak ingat ayat mana, surah mana, sekadar random memory. Ayatnya mafhum beginilah...

Tak cukup lagikah ada al-Quran ini?

Dude, like bahasa Arab pun merangkak-rangkak, nak baca pun kena refer tafsir, nahu sorof pun, kalau kenal lah, kalau ingat lah, kalau expert lah, then pergi cari pulak motivational quotes lah, teori filosofi lah (ehem)

Mungkin itulah sikap manusia, suka meminta-minta. Macam umat Nabi Musa as, suka demand lebih. Tapi duduknya suka bersenang-lenang.

Pastu Allah berpesan kepada Rasulullah saw, sama saja kamu beri peringatan atau tidak, mereka tidak akan beriman, sebelum ni pun dah ada nabi-nabi yang diutuskan tetapi tetap saja mereka tidak beriman.

Allah kata lagi, dan dalam juzuk yang lain pun kita boleh jumpa ya, kaum kamu ni dapat sedikit saja nikmat berbanding kaum yang sebelum ni, lebih sador lebih kaya lebih pintar, dapat kurniaan melimpah limpah lagi banyak, tapi tak bersyukur enggan sembah Allah, maka Allah hancurkan. Allah kata lagi, mudah saja Allah nak hancurkan mereka on the spot, immediately, now!!

Kemudian datang lagi ayat, jalan yang kamu ni, musyrik Mekah lalui, itu bekas tamadun lama yang Allah dan hancurkan dulu (dalam juzuk lain pun ada, nampak tak betapa dangkal ilmu Quran sampai baru tahu dalam juzuk lain pun ada disebut perkara sama). Mereka yang dihancurkan itu lebih kuat dari kamu, maka tidakkah kamu ambil pelajaran, kamu dok bermusafir, mengembara, pergi berniaga ulang alik lalui kawasan tandus tu. Dia punya tandus tu, seolah olah sebelum ni tak pernah wujud pun tamadun di situ. Cubalah kita tengok Nat Geo piramid piramid tu, makam makam Firaun dan lain lain pemerintah dulu, tertimbus punya dalam sampai nak kena excavate, gali berapa lama nak jumpa makam makam keranda janggut bersepuh emas tu? Kalau tak ada satelite, bantuan penggera karbon ke, adakah kita akan sedar ada tamadun dalam tu? Apakah kita tak terfikir bencana apa ya yang turun sampai tak nampak rupa bangunan megah tu?


Kemudian Allah ulang ulang lagi, yang berbuat baik akan terima ganjaran, akan terima ganjaran, dalam surah Ahzab, ayat 29 dan sampai 35 tu, kebaikan kebaikan, kenikmatan kerehatan yang akan dikurnia buat hamba yang berpenat lelah dakwah atas dunia (rasa kecik macam semut api sebab tak buat apa). Bolehlah baca tafsir Hilali Khan, aku rasa lebih detail lah, siap ada penjelasan hadis lagi, yang kata, bila sekali masuk syurga tu, memang automatically lupa lah kata pernah miskin bertimpa-timpa di dunia, kalau dia betul betul kaya dan suka infaq pun dia akan lupa harta bergedang-gedang dia. Nak balik ke dunia? Jangan mimpilah. Melainkan dia nak patah balik sebab nak mati syahid sekali lagi sebab nak redha Allah. Haa gitteww

Dan jugak, ada disertakan hadis berkaitan manusia dan unta, dalam tafsir Hilali tu jugak lah, version BM tak jumpa, BI adalah tapi kadang-kadang bukak lah dictionary nak faham perkataan asing tu. Sabda Rasulullah saw, manusia ni macam unta, dalam banyak banyak berapa kerat saja yang berbaloi ditunggangi. Asbab hadis aku belum cari lagi, tetapi hadis ni saja dah cukup deep. Boleh jadi berapa kerat saja yang berkualiti nak masuk syurga ke, nak buat amanah Allah ke, nak jadi qaedah sulbah ke, gitulah

Dan last sekali, aku jumpa lah ayat ayat syariat seperti larangan zihar, yakni samakan isteri dengan fizikal emak dengan maksud nak ceraikan isteri, tabaruj, kahwinkan anak Rasulullah saw dengan Zaid Harithah, dengan diam di rumah, larangan ni untuk Ummahatul Mukminin. Maka kalau ada kesempatan kita boleh lah check-check balik larangan untuk Ummahatul Mukminin ni macam mana. Maka sekian saja bedah bedah juzuk, eh bedah lah sangat, di lain hari kita jumpak dengan juzuk baru pulak noh.

P/S: Sangat bersukur terjoin group mengaji. Kalau tidak mengaji menderu tajwid kebelakang maksud lagilah gostan gear lima kan, mana nak rasa deep deep meaning ni noh.

Salam alaik.

Comments