The Cliché ‘Budak Tudung Labuh Juga Manusia’



Salam alaik dan gemorninggg u olls!

Harini punya tajuk cliché kan, kan kan khennn

Ana selalu baca di mana-mana sajalah (dan ada terdengar soksek soksek), yang berpotensi yang mad’u, mutarabbi hadek-hadek usrah (ana cakap macam ana ada ja khenn), marah-marahkan insan-insan yang bertudung labuh dan jugak yang berkepiah berserban bersungkuk (ana panggil insan sebab mudah lupa, manusia, untuk link kan dengan tajuk di atas) sebab insan-insan ini ada buat kesalahan yang orang biasa expect mereka tak akan buat.

Dan selalunya kita akan dengar hujah balas untuk defend golongan ni adalah ‘tudung labuh kepiah jubah serben juga manusia biasa tak lari dari kesilapan’.

Ana bukannya apa, aicewah macam ana suci giler khen, tapi sekali silap, laksana tumpah nila setitik rosak susu sebelanga. Nak tegur orang, tup tup patah balik ke diri sendiri ataupun mad’u ataupun target tersebut akan tuding jari pinpoint, orang itu pun konon baik, kepiah tudung labuh tapi kapellll, duduk dekat-dekat dengan laki-laki, mesej dengan laki-laki, gelak kuat, dengki, mengata, mengadu domba, flirting....




“Eee perempuan tu hati busuk, hati dengki, dahlah kapel, tudung labuh saja. Buanglah tudung labuh you ni, tak payah pakai nanti jadi macam tu,”





Ana..ana...ana...penattt lahhhhhhhhhhh

*lempar kubis kepada encik zombie galah*

Ana mengaku, ana pun ada buat salah, malah banyok salahnya, tapi, tapi, tapi,

Kita tak bolehlah guna alasan yang sama kita ni manusia biasa walhal kita umum dah tahu orang awam perhatikan kita. Kita tahu itu salah. Kita, sesetengahnya tak semua ya, suka pandang sinis pandang keji menjeling-menjeling mataku cantik lagi kepada orang awam yang free hair berbaju ketat berkapel yang mengorat cara tidak islamik yang ketawa berdekah-dekah lelaki perempuan yang tak pakai handsock berlengan pendek tudung pendek seluar pendek tetapi kita sendiri, yang berkapel disulami nama-nama yizlumik, kami memang menuju nikah halal, ana dah berubah bertudung litup, kami mesej saja, ana lebih menjaga aurat ana daripada mereka yang mengkritik ana, ana tahu batas agama, agama tak serigid ini, bercinta itu tak haram, kami dah tuning, kami jumpa di tempat public, kami itu, kami ini...

Kenapa kita, bila kita tengok orang lain buat, kita rasa jijik dan mula nak judge? Kenapa bila terkena batang hidung sendiri segala macam hujah kita keluarkan, kita menjaga batas kita tahu hukum? 

Kenapa? 

Kenapa kita rasa lebih baik daripada orang lain dan rasa dilindungi malah boleh bagi excuse manusia biasa untuk menghalalkan kesalahan kita, berharap orang awam boleh terima? Apa kita rasa Allah boleh ampunkan kita dengan alasan ada kalanya kita terlalai kerana kita manusia biasa jadi kita boleh ulang lah empat lima kali nanti boleh taubat?

Zetopzzzzz!!!

Berhentilah guna alasan tersebut. Tiap kali nak gelak kuat, nak mengeji orang, mengata-mengata orang free hair orang kapel pegang tangan orang tak jaga aurat, ingatlah, awak tu berkepiah, bertudung labuh, orang tahu awak kaki masjid, kaki ceramah agama, join usrah *****teeeeeeeeeeeeeeettttt************** dah lama dah jadi abiang-abiang hakak-hakak usrah, tahu lebih hukum agama, tergamak ke nak buat? 


Nanti kalau nak buat amar ma’ruf nahi mungkar, rasa-rasa orang nak terima nasihat kita tak?


  • Ada sekecik-kecik isu pun, rujuklah kepada habang naqib dan hakak usrah dulu. 
  • Takpun cari dalil yang menghalalkan perbuatan tersebut. Apa kata ulamak asatizah tentang kesalahan yang kita teringin nak buat ni. Halal ke? Suci ke? Apaa dah tahu salah nak buat lagi???
  • Puasa sunat bebanyak ke, nak tahan diri dari terlepas termesej terusya usya...
  • Letak tangan atas api lilin ke
  • Takpun guna cara yang dikisahkan Imam Hassan al Banna dalam buku Detik Detik Hidupku, ikatkan tali putih di pergelangan tangan, gelang getah Adidas Asadi yang kaler putih pun takpe, nak meranggikan diri bahahahahaha so setiap kali nak buat salah, eh aku nak reply mesej ni, eh aku geram nak mencarutz zepuaz hati, eh itu eh ini, kita tengok benang putih gelang putih itu, dan ingat balik janji kita. Kita tudung labuh ni untuk dakwah, jaga Islam, kita dah baiahkan diri, takkan nak kerat benang putih tu nak langgar baiah?

**no promises**tetibah lagu Shayne Ward zaman kekecik dulu**

Selamat bermuhasabah, dan marilah kita tidak menggunakan alasan cliché ittew!

Salam alaik.

Comments