Tunggu Abiang Mai Baru Cek Pakai Tudung

Salam alaik.

Eh eh, gediknye tajuk. Wakakakaka...

Bagus tu ada niat. Pasang niat. Pasang azam bertudung. Wihihih. Kenapa tak mula sekarang? Kenapa kena tunggu ada lelaki yang pergghhghghh mengindahkan hidupku sanubariku membimbingku baik baru nak bertudung? Ataupun menutup aurat dengan lebih proper?

Apa ruginya kalau mula sekarang?

- Kesian, nanti suami tanggung dosa. Ihik ihik.

Ayah kita, abang betul kita (eherrmmm), adik lelaki kita, apakah mereka tidak turut sama terseret, disoal tentang tanggungjawab mereka sekiranya mereka gagal mendidik kita bertudung? Seorang ayah, abiang, adik dan sayangkan kakak mereka atau adik perempuan mereka atau anak perempuan mereka sudah tentulah mahukan kita-kita bertudung.

Ataupun terkadang, hanya disimpan jadi harapan dalam hati. Kalau ditegur berdepan, kita tarik muka berposen posen. Ana tengok ada kes yang, sekali suami tegur terus pakai. Kehendak suami, kehendak (ehemm) pakwe imam.

Bukan tak nak tegur, tapi takkanlah tak pernah terzahir harapan hati mak ayah aka bahasa badan aka body language yang teringin nak kita berubah? Guna bahasa tersirat ke, kagum perempuan yang pakai tudung dan proper hijabnya, kagum tengok SIS ke Hijabista ke..takkanlah tak ada... Kita dah hidup berapa lama dengan ibu ayah abang adik kita, confirm boleh baca kan jenis jenis klu tersembunyi ni...dan takkanlah terlintas rasa, atas rasa sayang kepada keluarga, kata nak keluarga bahagia, takkan atas dunia je, taknak masuk syurga sama-sama ke? Boleh makan besar ramai-ramai dekat sana, tak ada family yang meninggal ke duduk jauh di perantauan, tak ada, tak ada.

Kita bertanggungjawab atas diri kita. Kita tak boleh rasa dalam semua aspek lelaki kena bimbing kita. Eh kenapa bau feminis ni? Kenapa kita nak bergantung harap kepada lelaki untuk berubah? Takkanlah kawan-kawan kita, adik beradik perempuan yang lain tak ada yang menegur penampilan kita supaya berhijab dengan lebih sempurna? Oh lupa, bukan setakat penampilan sahaja, tapi dalam ibadah lain jugaklah macam solat, puasa, mengaji, zikir...

Labuhkan sikit jer hakak hadek

Bila nak berubah?

Mulalah sekarang, bukan terkejut mengejut berubah. Slow slow lah. Slow slow pakai tudung, janji tutup dada. Malulah orang lelaki tengok. Sudahlah sistem perempuan dengan sistem lelaki lain. Kalau perempuan tertengok pun malu, apakan pulak lelaki. Huuuu

Mulakanlah baca buku-buku agama. Buku-buku soal jawab fekah, sebagai permulaan. Buku berkaitan dengan dosa pahala. Apa yang membawa kepada dosa, apa yang membawa kepada pahala, macam mana cara nak lari marathon daripada buat dosa, nak kuncikan padlock besar dekat hati supaya tak tergerak buat dosa (ana pun kena buat jugak, banyok benor dosa ana nih).

Nak berubah, tak boleh tunggu orang itu nasihat jejaka hensem nasihat baru nak berubah. Berubahlah atas dasar kesedaran diri sendiri. Kita bertanggungjawab atas diri kita sendiri.

Cauuucinncauuuuu!!! Eh bukan selamat mencuba!!! Eh bukan selamat berubahh!!!


Comments