Mari Hadam SJ (Part 1)

Salam alaik. Berikut adalah apa yang ana faham daripada buku Sayonara Jahiliyah tulisan Ukhti Muharikah. Ini bab satu yerr renrakan sekalian. Ana bukanlah orang yang pintar agama, tetapi sekadar hendak berkongsi ilmu.  

Ana orang baru dalam tarbiyah, hadek pun tak ada lagi (T.T)

Jahiliyah ini berasal daripada perkataan Jaahala yang bermaksud 'tidak tahu' atau 'jahil'. Jahil ini membawa maksud tak tahu pasal Islam dan syariat Islam.

Rawasib Jahiliyyah - karat-karat, sisa-sisa jahiliyah

Dua keadaan Jahiliyah

Jahiliyah Umum
- berlaku sebelum Nabi Muhammad SAW diutuskan


Jahiliyah Khusus
- bukan lagi berkaitan jahil dan menyembah berhala, tetapi jahil dan menyembah ideologi atau fahaman yang selain Islam, jahil ini tidak dalam bentuk fizikal yang boleh dilihat, bahkan melalui pemikiran, kata-kata dan tindakan

Musuh-musuh Islam telah menyusun strategi untuk menjerumuskan umat Islam dalam jahiliyah khusus ini.

http://www.how-to-draw-cartoons-online.com/image-files/cartoon_devil.gif


Fahaman dia ni, macam, cara hidup, cara mengilangkan setereh, cara belajar cara berjaya dalam hidop dan sesama waktu dengannya. Sebab apa, jahiliyah khusus ini sukar disedari, lebih kepada cara hidup daripada patung-patung yang sahih boleh dilihat.

Orang yang dah faham tentang Islam, tapi masih mengangkat fahaman yang selain daripada Islam pun dikira telah dicucuk jarum jahiliyah. Macam menerima hedonisma, sikit sikit je dalam hidup buat release stress ye dok? Contohnya, drama Meleis Akasia yang tunjuk kesweetan cinta lepas nikah, tapi hakikatnya dilakonkan secara tidak syari'e. Dalam kita seronok-seronok bayang kehalalan kesweetan cinta selepas nikah itu, kita menyokong, buatlah banyak-banyak lagi filem bertema Islamik lelaki boleh jadi imam solat, maka macam jadi lesen untuk pelakon untuk terus bersentuhan, nak bagi lakonan real, kan?

*Somardz ni dia komen macam dia tak pernah suka Akasia ni khennn*

Punya kuat gigitan jahiliyah tak sedar ni sampai, jihad kita, sayang kita kepada Islam semurah like jika anda sayang Islam, maki dan pijak bendera Yizroel, bangga sejarah Islam hebat dalam buku teks tapi bila berdepan dengan orang luar, jadi, eh eh malulah tudung gini  

(katok kepala sendiri).

Macam mana nak lari daripada ditindik subang jahiliyah? Maka belajarlah ilmu agama, contohnya download pdf buku agama *ahem ahem* dan amalkanlah.

p/s: Cik Somardz jangan asal pungpang dalam belog ye, belajar lekaih! Mueskeskesss


Comments