73.6



Sedang scroll ke bawah dan bawah membaca berita berita terkini dari newsfeed, 
dan aku terbaca post ini.

Ustaz Wan Ji

al-Hasan al-basri didatangi seorang lelaki dan berkata; 

"aku selalu melakukan maksiat; aku selalu melakukan dosa kepada tuhan, namun aku dapati Allah tetap memberikan kesenangan hidup dunia kepadaku, tanpa ada yang diharamkan kepadaku"


 





al-Hasan al-basri bertanya, "Apakah kamu selalu bangun malam?"

Dia menjawab, "tidak"

"Memadai bagi kamu bahawa Allah haramkan kamu bermunajat kepadaNya", 


http://berrymii.files.wordpress.com/2010/08/baby-shocked-face-02.jpg?w=375


Jawab al-Hasan al-Basri ringkas.

 Ya. Bolehlah diumpamakan ini muka aku waktu membaca post ini. 

Sudah merasakan nikmat bermaksiat, maka takkanlah 
hendak ada peluang untuk merasa nikmat bangun malam?



A006
Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa),
dan lebih tetap betul bacaannya.

Muzzammil 73.6


Comments