2:155 - 156



Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

 





Marilah menjadi orang yang bersabar. Pesan kepada diri sendiri jua, berhentilah mengeluh. Berhentilah menjadi cepat panik. Berhentilah menyalahkan kesilapan teknikal ataupun kapten atau sekuriti negara atau mana-mana anak kapal sekalipun.










Ini hanyalah secebis perasaan takut, bagi kita yang bukan ahli keluarga penumpang Boeing 777 MH370. Jika ketakutan secebis ini kita tidak tahan diuji, maka apakah yang akan diharapkan daripada kita sekiranya diuji dengan banyak ketakutan?











Terasa hina. Hanya apabila ditimpa musibah, maka kita pun bermain-main dengan logik akal, dan mula mengaitkan tarikh kejadian dengan nombor surah. Cuma buka al-Quran semasa musibah kah? Bukan untuk suuz zhon. Tetapi, cumalah secebis peringatan. 

Comments