Bukan Benci, Tapi



Orang tanyakan, kenapa tak ada,
kenapa belum ada,
memilih?

Saja saja?

Terikat dengan komitmen lain?

Anti kah?

Tak laku kah?


 

Tidak. Aku bukannya against marriage. Not at all.
Siapa hendak benci kahwin. Kahwin itu sunnah.
Kalau aku gila sahaja aku tolak kahwin.

Aku tak benci cinta. Tak benci kahwin. Cuma terkadang...

Aku tidak suka cara didefinisikan kahwin itu.
Sekadar penyatuan dua hati.
Kemudian bergabungnya tanggungjawab.
Kemudian ada anak comel.
Kemudian kita menginjak tua.
Kemudian anak jaga kita.

Apakah semudah itu tafsiran kahwin?
Apakah kahwin sahaja matlamat hidup yang kita ada?

Kita bilang dan bilang kalau pengakhiran hidup kita itu sama.
Akhirnya, semua habis nafas mahu dihembus.
Semua mati.
Selepas itu kita ketemu malaikat.
Ada malaikat Rumman, ada Munkar Nakir.
Kita juga hapal soalan-soalan dalam kubur.
Kita arif betul.

Tapi, apa..
Apa kita persiapkan diri sebenarnya untuk ke kubur?
Atau ke alam akhirat?
Kita bilang bilang surga itu benar, azab kubur itu benar, neraka itu benar ada,
Tapi apa kita benar-benar mau masuk surga?
Apa kita benar-benar mau lari dari neraka?
Apa kulit-kulit kita bisa tahan api neraka yang menjulang?

Kita bilang akhir hidup kita mati.
Tapi kita siap siaga seolah-olah kahwin itu, hidup bersama, bersuka duka bersama,
Seolah-olah itu pengakhiran hidup.



Aku juga begitu. Dibilang bilang aku naik saksi, aku yakin Allah itu Tuhan aku,
Rabb aku,
yang aku patut jadikan matlamat hidup,

Tapi sih, hidup, umpama, tidak punya Tuhan.
Cuma sesekali bila punya masalah baru mengadu masalah.

Kita untung di situ punya tempat mau ngadu masalah.
Kita minta itu ini.
Tapi kita tidak lakukan, apa yang Dia minta kita buat.
Jika kahwin itu yang menjarakkan kita dari Dia,
kita berlebihan ingat kahwin, ingat cinta, ingat manusia yang disayang,
terus apa guna kita solat?
Solat kita itu, apakah ikhlas?

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Comments

  1. kak a ah... salam alaik
    i cant help myself but agreed all the words you said.

    ReplyDelete
  2. wassalam alaik... kan...but then,..that's the way people think it should be =)

    ReplyDelete

Post a Comment