Kayu Kayu Yang Tersandar

Ada suatu golongan ini, yang kerjanya hanyalah mencerca dan mengkritik metod orang lain berdakwah.

Mereka memformulasikan pelbagai cara pelbagai teori yang dirasa efektif untuk membangunkan ummah.

Kertas kajian di sana sini.

Sekali mereka berbicara dan orang banyak pun mulai merasa kagum terhadap mereka.

Tetapi mereka ini, belum tentu lagi, jika diajak berkorban keseluruhannya, akan berserta turun ke medan dengan semangat Infiru mereka.

Ini mengingatkan aku kepada suatu ayat Al Quran, dan mereka itu jika kamu dapati sebenarnya hanyalah kayu-kayu yang tersandar.

Jika mereka benar-benar serius untuk berdakwah, mereka tidak akan kisah untuk mencantas orang lain.

Yang penting, dakwah itu berjalan. Dan mata rantai itu tidak akan putus. Dan mereka telah menjadi saksi atas apa yang mereka ikrarkan.

Dan ternyata sekali, surah at Taubah ayat 42 ini menghunjam tepat ke hati aku. 

Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang mudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).


Memberikan solusi dan akal pikiran itu mudah. Melaksanakannya itu susah. Mengkritik itu mudah. Mengambil iktibar apa yang dilakukan Nabi Muhammad s.a.w. itu susah.

Nanges. 

Comments