Ender's Game Dan 2:60

Assalamualaikum peeps!

Baru sahaja menonton Ender's Game. Dan hati ini berdebuk-berdebak terasa hendak relatekan ayat 60 dan seterusnya dari surah al-Baqarah dengan movie ni.

Ah tak sedap.

I spent two times watching the movie, first, I was alone, and second, I watched it with my brother. There are pros and cons about the movie. There are values that should be upheld and there are negative values that I don't agree with.

I learnt a lot based from my past experiences. It's about ghazwul fikr and how fragile I am to filter my excessive and wild reading. Should have been more focused. Should be more critical in justifying which are good values and which are not. (baca = fikrah). I can't be too liberal, can't tolerate everything.

Okay, dalam ayat ini, Allah terangkan perihal kaum Nabi Musa as yang suka berdalih dan nak tak nak dalam melakukan sesuatu suruhan. Contohnya dalam kes penyembelihan seekor unta, yang hendak dikorbankan kepada Allah. Ditambah lagi dengan perangai yang suka meminta yang bukan-bukan. Demand lebih.

Mereka tanya apa lagi ciri-ciri unta yang hendak dikorbankan itu. Warna apa, saiz apa, kegunaan apa, bertanya dengan lebih spesifik. Pertanyaan itu sengaja diajukan kerana hendak mengelak daripada melakukan suruhan tersebut.Mungkin mereka berharap, akan ada suatu jawapan yang tidak mampu dijawab oleh Nabi Musa as, ataupun ciri-ciri unta yang dikehendaki itu tidak terdapat di kawasan mereka, ataupun sukar dijumpai unta jenis itu. Maka mereka bertanya dan bertanya, supaya lambat-laun unta itu jenis yang mustahil dicari. Apabila mustahil maka mereka tidak akan perlu mengorbankan unta mereka.

Sedangkan mereka sendiri tahu bahawa unta yang diperlukan untuk sembelihan itu, mestilah dari baka yang terbaik, gemuk, dan tidak pernah bekerja keras. Come on, korban untuk Tuhan, mestilah kita memilih unta yang bakanya paling baik antara semua, bukan main aci redah sahaja. Dan rata-rata mereka juga menternak binatang domestik, sangat mudah untuk mereka mengenalpasti unta yang paling elok untuk dikorbankan.

Ada banyak lagi kisah kemungkaran yang dilakukan oleh mereka selama berada di atas muka bumi ini (ah ye macam aku sedikit sangat mungkarnya atas muka bumi ini). Maka sebab itu, diperintahkan kepada mereka yang berdosa untuk membunuh diri mereka.

Dan inilah perkara yang hendak dikaitkan dengan cerita Ender's Game ini. Ada seorang budak genius bernama Ender yang suka bermain game dan betul-betul mempunyai strategi yang hebat dalam bermain game. Tacticalnya sangat hebat dan diluar jangkaan. Pihak tentera yang berjuang menentang alien telah mengintip segala perlakuan dan strategi Ender untuk merekrutnya masuk ke dalam tentera.

http://blog.nuraypictures.com/wp-content/uploads/2013/11/Enders-Game-wallpapers-13.jpg

Ender ini orangnya, strateginya, adalah menghapuskan secara total future attacks. Apabila dia dibuli, dia tidak patahkan satu atau dua tulang ataupun setakat lebam biasa. Tidak. Dia akan melawan pembuli sehingga pembuli itu terlantar di rumah sakit mahupun koma. (beberapa siri taegeuk menjengah ke fikiran)

http://silverscreeningreviews.s3.amazonaws.com/wp-content/uploads/2013/11/ENTER_MOVIE-ENDERSGAME_1_MCT.jpg

Macam kejam. Tapi menurut game itu, itulah cara untuk menghentikan serangan akan datang. Bukan kejam, tapi adakalanya, kita kena fikirkan diri sendiri. Eh tak selfish sangat bunyi ini. Untuk kemaslahatan orang ramai. Bunyinya macam kejam. Jika mereka tidak musnah secara total, akan banyak lagi siri buli terhadap Ender ini.


http://www.nerdist.com/wp-content/uploads/2013/06/Enders-Game-Asa.jpg

Menggunakan akal fikiran yang lesu ini aku cuba mengaitkan dengan suruhan kaum Yahudi zaman Nabi Musa as untuk membunuh diri. Untuk menghentikan kemungkaran, kemusnahan akan datang. Dan apabila al-Quran menyatakan begini, ada mata-mata yang melihat al-Quran sebagai kejam. Sedangkan Ender's Game mengisahkan taktik berkenaan. Dan waktu itu, kemungkaran kaum musyrik bukan seperti yang sekarang. Musyrik dahulu mereka faham benar akan Islam tetapi mereka memilih untuk menolaknya. Dan bukan setakat menolak, malah mlakukan makar untuk menggagalkan dakwah. (Ah islamis bunyinya ini, tidak mengapa) Semua kerana Nabi saw dan para sahabat yang mendatangkan kepada mereka hujah yang nyata bahawa Islam itu agama rahmat untuk seluruh alam. Musyrik sekarang pula amat berbeda sekali situasinya. Mereka tidak faham Islam. Plus orang orang murtad. Mereka tidak faham Islam dan menolak Islam. Jika kita mengamalkan cara hidup Islam dalam seluruh kehidupan kita, kita yang berbillion orang ini, maka perilaku kita dan ibadah kita akan menjadi hujah yang nyata kepada mereka bahawa Islam ini cara hidup yang sebenar dan selayaknya.

Tapi sejauh mana kita Islam? Ambil sekerat-sekerat? Keratan lain ikut budaya lain? *hempuk kepala sendiri sekejap *eh dah terkeluar topik lagi

Cuma, pada aku, yang tidak boleh diterima adalah apabila Ender menyatakan jika kamu ikut peraturan kamu tidak akan menang, guna kekerasan baru menang, dan jangan ikut peraturan. Dan satu lagi adalah fefeeling the surge of nak memantapkan lagi tactical skill dalam game, macam Prototype dan Halo. Atau Diablo. Tak tahu apa yang orang lain rasa selepas menonton cerita ini tapi itulah yang aku rasa. Rasa hendak main game. (eh eh bau busuk dari dalam, busuk apa, busuk iman, sedikit, ohh)

Ya dan tak mustahil juga jika aku masih berterusan tidak menyumbang walau satu manfaat pun di atas dunia ini, aku pun akan disuruh bunuh diri. Dan aku pun, seperti mana orang lain, yang berdarah panas, dan berdarah malas, ada merasa bibit bibit hendak banyak komplen.

Bibit tidak ikhlas.


Comments