RIP Mandela

Assalamualaikum.
Kiranya aku sudah terlewat, outdated untuk mengepos perihal RIP.
Cuma aku ingin kongsikan di sini, apakah tidak ada rasa sebak dan sayang apabila ada non Muslim yang mati, namun sepanjang hayatnya dikorbankan untuk kebaikan. Tuhan tidak akan begitu kejam memasukkan siapa siapa yang tidak beriman ke dalam neraka tanpa hujjah yang haq, hujjah yang kukuh.
Ini yang aku dapat setelah beroleh ilham selepas membaca artikel Dr MAZA.
Dan kita tidak sepatutnya mengucapkan "Tapi sayang dia kafir," sepatutnya merenungi amalan diri apakah yang telah kita lakukan dalam hidup ini untuk menunjukkan kepada dunia, atau masyarakat dalam skop kecilnya, akan kebenaran Islam? 
Kira-kira dengan permasalahan akhlak dan kepincangan masyarakat Islam yang semakin rampant ini, apakah itu suatu bukti yang jelas bahawa Islam itu agama yang benar? Apakah laku ketua ketua agama anak muda pemerintah itu bukti yang tidak dapat disangkal bahawa Islam itu panduan hidup? Mohon fikir sendiri.
Sepatutnya daripada bertelagah dia kafir haram diucap RIP lebih baik kita menangis fikir bagaimana jika Walker dan Mandela bangkit dan menuduh kita sebagai umat Islam, " Wahai Tuhan bagaimana kami bisa tahu Islam yang sebenar, lihatlah umat Islam ini," sambil jari menuding ke arah kita.
Dan kemudian bila diflashback semua amal kita sedikit sekali masa yang kita peruntukkan untuk dakwah.
Dan kemudian kita tahu, ke mana destinasi kita selepas ini.
Aku ingin mengambil contoh, dan diharap maksud contoh ini sampai sepenuhnya.
Bagaimana Rasulullah s.a.w. berdakwah, sepenuh kudrat dan tenaga baginda, dan menunjukkan Islam yang sepenuhnya dalam seluruh hidup baginda. Tetapi dengan segala bukti bukti yang telah ditunjukkan baginda tetap sahaja Abu Jahal dan Abu Lahab dan Abu Talib tidak beriman. Apalah sangat usaha kita dalam menegakkan syiar Islam berbanding usaha gigih baginda. Abu Talib meski dia ada membantu perjuangan nabi s.a.w. tetapi beliau tidak beriman. Bandingkan pula dengan usaha kita, dan Mandela dan Walker ataupun Angelina Jolie masih lagi tidak memeluk Islam.
Dengan ketidak sungguhan kita dalam berdakwah, menunjukkan Islam sebagai panduan hidup, apakah layak kita menghukumkan non Muslim yang sedikit pemahaman mereka akan Islam, untuk automatiknya dihumbankan ke dalam neraka?
Dan seperti biasa, mohon fikir.

Comments