Antara Attacker Dan Reinforcer

Lewat hari ini, selalu sahaja terpampang di muka buku, akhbar dan berita mengenai bukti gred hebat-hebat tetapi tidak masuk akal.

Aku bingung malah tidak tahu apakah trend ini menjadi kerana kerajaan mahu populariti atau masyarakat yang semakin dangkal. Aku tak faham adakah dengan kita menyerang agama lain itu terbukti kita sudah mengangkat martabat Islam.

Okay aku sudah melalut. Cuma persoalan ini yang ingin aku timbulkan. Apakah dengan menyerang agama lain kita sudah berjaya membenteng akidah kita? Di manakah salahnya sehingga akidah kita begitu rapuh sehingga membaca certain newsfeed atau post maka ditakuti akidah kita akan terpesong?

Maka apakah cara yang kita ambil untuk meneguhkan akidah kita? Kita tahu akidah rapuh tetapi kita hanya mampu menjaja fahaman ini sesat itu sesat tanpa cubaan mengukuhkan iman dalam diri.

Kenapa boleh terpesona dengan aneka gemerlapan dunia sedangkan kita tahu akidah sedang mereput...

Kita sebenarnya kisahkan dunia. Bila kita nampak fahaman yang menggusarkan waktu itulah kita bertindak islamik menjaja kesesatan fahaman tersebut. Cerita artis kita ambil pusing, tidak terkecuali aku, tetapi tiada effort untuk meneguhkan iman bila isu sesat mulai trending.

Kita attack agama itu fahaman ini, sekat mereka. Dan sebab itulah masyarakat non Muslim memandang serong terhadap Islam. Kerana tampaknya kita menyemai fahaman Fasis, ingin menjadi diktator. Lalu mereka tidak nampak kemurnian Islam itu celah mana.

Contohnyalah kan. Kita tahu Syiah itu menyimpang dari Islam tetapi kita kerjanya attack Syiah sahaja. Aku malu untuk mengkhabarkan, kebanyakan posts penganut Syiah yang aku lihat lebih ilmiah daripada Sunni. Sunni banyaknya post hiburan. Berceratuk di Nara dan page artis. Dan KPop. Sudah tu, di mana kemuliaan Sunni yang kita canangkan itu? Apa hujah haq nya? Apa bukti gred A nya?

Aku dah sebut benda ni dalam post yang lepas. Kadang-kadang musibah berlaku secara berulang supaya kita kuat ingatan dan mengambil iktibar. Dan kadang-kadang kita pandang sepi. Entah bala jenis apa yang kita tengah tunggu supaya kita tersentak tersedar.

Comments