Apa Keutamaan Aku?

Terkadang kerana kita ditimpa musibah dalam hidup, kita bertindak berburuk sangka kepada Tuhan. Kita sudah segan segan hendak berdoa. Kemudian rasa putus asa untuk berusaha meneruskan kebaikan. Sungguhlah Tuhan berfirman dalam surah An-Nas, hatilah yang akan diserang terlebih dahulu. Kita sedih dengan orang lain, lalu kita tidak bersemangat meneruskan apa yang membawa kebaikan kepada kita. Terus rasa macam bebal nak bikin pahala.

Kemudian kita lupakan keutamaan kita, yang kita pernah berazam supaya mungkin untuk melakukannya. Kemudian kita berego dan menjadi Mrs Arrogant untuk ikut cara kita sendiri. Tak nak ikut jalan yang betul. Lupa keutamaan diri. Dan jadi mudah untuk terikut-ikut dengan pendapat orang. Semua nak sokong. Jadi terbawa-bawa dengan orang lain. Sebab hati dah rapuh. Asyik ikut kepala sendiri.

Terlalu hendak maju ke hadapan.

Aku nakkan pengisian yang berintelektual. Semua nak intelektual. Ilmiah. Kajian yang hebat-hebat. Seronok tengok semua orang jadi ilmiah. Kritis. Aku nak agama aku jadi hebat. Hebat atas landasan wahyu.

Kalau dah semua orang jadi intelektual tapi tak baca sirah nabi s.a.w., tidak kah jadinya macam filosofer Greek? Erogen.



Tiba-tiba aku teringat ayat ni.

Tetapi mereka itu umpama kayu-kayu yang tersandar.

Aku lupa dalam tarbiyah dan dakwah, ada tingkat-tingkat nya. Tingkat pertama yang ditunjukkan nabi s.a.w., hati. Pegang hati-hati mereka. Buat hati-hati mereka kuat dengan hidup bertuhan hidup menghambakan diri. Hidup penuh tanggungjawab. Nabi s.a.w. tak cari orang yang hebat keilmuannya. Tapi orang yang lembut dan hatinya disulami kebaikan. Seperti Abu Bakar r.a. Seperti Uthman r.a. Seperti Siti Khadijah. Bukan Abu Jahal yang berpengaruh.

Nabi s.a.w. tidak wenang bicara ilmu hebat-hebat. Apa guna bicara ilmu hebat kalau ruhnya kosong. Ruhnya merengek-rengek minta diisi tetapi semakin banyak buku dan artikel dibaca semakin serabut. Tetapi nabi s.a.w. bicara guna hati. Hati. Terkadang bila ada akal rasional pun, hati yang utuh memegang tampuk keputusan. Sebab itu kadang seneutral mana pun artikel atau tulisan, akan terlihat bias keemosionalan di situ.

Bermula dengan hati, kemudian turun ayat-ayat yang memberat, perihal syariah. Dan lama-kelamaan bila sudah berkembang mekar menjadi empayar, baru bicara keilmuan yang mendalam. Aku lupa. Aku lupa. Aku nyaris tertapis, seperti apa yang aku bimbangkan. Aku boleh sahaja asal bicara keilmuan mendalam, tapi manfaatnya cuma untuk aku seorang. Yang lain, orang-orang yang aku cintai di sekeliling aku tidak akan beroleh manfaat. Tidak. Aku boleh sahaja baca, tetapi jangan sampai menjauhkan target aku dari tanggungjawab. Tetapi aku juga sama, malahan lebih teruk, terbuai dengan jargon-jargon yang bombastik. Cita-cita tinggi melangit hendak mengubah dunia semesta. Hendak buat semua benda. Baca pasal atheis targetkan atheis jadi mad'u. Baca pasal Syiah, hendak mad'ukan Syiah. Baca pasal Asyairah atau Ahbash hendak mad'ukan Ahbash. Lupa keutamaan diri yang paling utama.

Dengan hati yang merapuh dan iman macam sawang di dinding, aku baca artikel politik dan polemik Wahabi Ahbash. Dan lain-lain. Semua nak ambil tahu. Kemudian orang lontarkan pendapat yang nampak macam kritikal, aku sokong. Padahal, apa yang membuatkan manusia untuk berfikir dengan lebih berat dan tidak main-main lagi? Hati. Bukan lambakan artikel berilmiah seperti kegilaan aku. Lambakan artikel tu, sama ada menjadikan orang lebih meluat atau berpenyakit hati. Atau untuk bersangka baik, menjadi lebih kritis.

Jahiliyah masih menebal dalam diri. Rupanya.

Nak sangat ikut metode sendiri. Lupa sunnah nabi s.a.w.

Kata Quranic Gen, da'ie cuma punya dua jenis waktu. Dakwah dan study.

Waktu aku terpecah-pecah ke banyak bahagian. Nak melawa, nak NFS, nak GTA, nak SL, nak Arrogant, nak A7X, nak baca politik, nak baca mazhab, Facebook sikit, dakwah sikit, Nara sikit. Jahiliyah masih menebal.


Ini saja aku letak gambar 'jarum sulit Kristian yang bermaksud di bawah naungan Pope' hahaha. Sebenarnya nak kata bye Dark Ages. Tapi, lantaklah.

Tak layak jadi da'ie.

Entah bila nak cakap selamat tinggal kebangangan. Sayonara Jahiliyah. SJ.

Hengat, study dan dakwah keutamaan. Hengat, hengat, jangan luperrrr...

Comments