Kesaintifikan Sahabat

Aku lupa nak quote benda ni dalam post terdahulu. Bahawasanya...

Sahabat lebih tahu susur galur pembentukan manusia dalam rahim berdasarkan ayat-ayat Quran yang diturunkan. Malah mereka boleh explain. Faktor utamanya mungkin sebab Bahasa Arab itu adalah bahasa ibunda jadi lebih mudah untuk memahami.

 





Contohnya macam daging yang melekat, daging berupa lintah, daging yang membengkok. Kita cuma faham segumpal darah. Tak faham ada makna-makna lain seperti lintah yang boleh dirujukkan kepada embrio dalam rahim tu.

Ada sahabat Nabi s.a.w., aku tak ingat nama, dah boleh explain, daripada ketulan darah, terbentuk tulang, kemudian dibaluti daging untuk menerangkan proses pembentukan manusia. Sahabat lebih advance, kan.

Sementara itu, di Yunani sana, di Rom sana, ahli falsafah dan cendekiawan berteori teora bahawa bayi itu dibentuk melalui campuran air lelaki dan darah haid. Orang Maori juga begitu, menyatakan bahawa jasad yakni human souls terbentuk oleh darah haid.

Aku nak quote ayat ni, diambil dari page Answering Islam, link urlnya http://www.answering-islam.org/Quran/Science/embryo.html

Aristotle believed that humans originated from the action of male semen upon female menstrual blood [18] which leaves us with something of a dilemma

Aristotle hidup sekitar (384 BC – 322 BC), sebelum Isa a.s. dilahirkan. Dan teorinya diguna pakai selama tidak ada yang mengubah teori tersebut. Kita pun tahu betapa susah hendak mengemukakan teori baru. Contohnya isu geosentrik dan heliosentrik. Betapa Nicolaus Copernicus mengalami tentangan hebat daripada pihak gereja kerana mengemukakan teori bumi beredar mengelilingi matahari, kemudian diteruskan oleh Galileo Galilei yang kemudiannya ditangkap. Aku baca teori heliosentrik ni dekat http://www.universetoday.com/33113/heliocentric-model/. Dan kemudian saintis dunia sekarang buat kajian dan terbukti benar. Bayi terhasil bukan daripada darah haid tetapi hasil campuran air mani lelaki dengan ovum perempuan. Benda dah betul dan nampak depan mata, tapi hati ni yang kadang-kadang culas nak taat perintah. Ye dok?

p/s : Aku tak faham kenapa alignment gambar asyik lari. Geram beteii hehehe 

Comments