Definisi Ulama: Ulama atau Ular Mak?


Share status lagi. Status dari poojaan hati aku. Haha. Ala-ala mentor lah. Point dia bukan isu kalimah Allah, tapi mendefinisikan ulama. Kita fikir ulama yang berijazah bersanad dari negara Timur Tengah, berjubah, bagi ceramah, sebenarnya definisi ulama tu lebih general, kalau ikut status ni la. Kiranya, agama tu tak diekslusifkan kepada orang yang amik pengajian agama sahaja. 

Bagus jugak gini.

Wan Ji At-ta'aduddi

Dalam wawancara isu kalimah Allah yang melibatkan Khalid samad, Khalif Muammar dan Yusri yang dipengerusikan oleh Dr Maza, khalif Muammar pertikai khalid samad dijemput sebagai pembicara kerana khalid bukan ulama. Lalu, Dr Maza bertanya soalan kepada khalif apakah dia rasa dia ulama, dia tidak menjawab. Tetapi bila ditekan dengan soalan yang sama berulang, baru dia jawab. Dia nyatakan bahawa dia bukan ulama.

Dalam al-Quran sebut, ulama adalah orang yang takut kepada Allah. Dengan kata yang lain, jika mereka tidak takut kepada Allah, makanya mereka bukan ulama. Ekoran itu, ada individu yang punyai Phd pengajian islam tidak dianggap sebagai ulama ekoran tindak tanduknya yang jahat.
Masalah lagi ketara, siapa yang boleh dakwa bahawa dirinya bertaqwa? Bila sukar nak dakwa bahawa dirinya bertaqwa, sukar pula untuk dakwa dirinya ulama.

Masuk persatuan ulama, tidak semestinya dia juga ulama. Bayar yuran 10 ringgit melayakkan untuk jadi ulama, makanya menjadi ulama itu amat mudah. Apakah itu adalah ulama?

Seorang rakan mengomentariku dengan berkata, Quran nak suruh kita jadi taqwa, makanya kita berusaha menyelesaikan jalan untuk melayakkan taqwa iaitu dengan berilmu, bukan menginstitusikan ulama..

Apa pula komen anda?"


Komen? Teeheehee....tak tahu nak komen apa. Sekadar nak tulis balik, ini pun ulasan orang lain jugak, aku cuma main baca, kemudian post balik bagi memeriahkan blog yang bersawang-sawing sewong ni melingkupkan Bahasa Melayu beteii aku ni hihihi

Perasan tak, ada yang mengambil pengajian ulama, diskopkan kepada satu bidang keilmuan sahaja, fiqh, nahu sorof dan lain-lain bidang yang spesifik. Ada yang ambil sebab minat ada yang ambil sebab nak cari makan. Aku tak judge niat orang. Cuma nak nyatakan kemungkinan boleh jadi macam tu. Cuma berandaian. Kemudian masa buat assignment main copy sana sini dan hasil assignment ada yang tak ilmiah. Ada yang buat bersungguh, alhamdulillah tu aku tak nafikan.



Dan kemudian hasil ketidak ilmiahan itu, dapatlah degree. Kemudian balik Malaysia, dah tak baca buku lain yang boleh meluruskan fikrah atau mengembangkan ilmu dengan isu semasa, terus berceramah. Berceramah pulak bukan skop yang diambil masa dekat universiti dulu, tapi skop yang lebih general. Boleh bicara hukum hakam tapi dulu amik Tasawur, Qiraat. Macam, nak bicara bidang yang bukan dia punya. 

Tambah pulak boleh quote ayat Quran yang aku dengar pun rasa takjub. 

Mungkin benar kata Benz Ali dan Ustaz Hasrizal. Pengajian Islam sekarang, macam tak relevan. Apa motifnya? Sekadar subjek wajib nak lulus periksa? Tasawur Islam?

Aku pun dah pening. Okay, tidur dulu. Semoga jawapan masuk dalam mimpi hihihi.

Alignment gambar lari banyak. Tak reti nak adjust. Hihi.

Quote of The Day : We only oppose what we do not know.

Comments