Berkat Berguru

Nak mengepost something pasal berkat berguru. Bukan tulisan aku, tulisan Talaqqi Pondok Original. Seronok kan. Orang dulu-dulu punya hormat. Dahlah tak buat maksiat satu. Hormat bukan main. Guru pun merendah diri dan hormat murid. Sebab tu anak murid tak bengang dengan cikgu dan rasa nak bagi kempis tayar keta cikgu dan cikgu pun sayang anak murid. Hihi

Ana belek kitab Kifayatul Atqiya syarah Matan Hidayatul Azkiya, ade sebut bahawa sesetengah ulama' mutaqaddimin bila nk gi ngaji dgn masyaikh mereka, mereka berdoa,

" Tutuplah keaiban guruku daripadaku dan jgn lah ditarik berkat ilmu guruku daripadaku "



Ade juga disebutkan oleh syarih bahawa Imam Syafie rahimahullah bila ngaji dgn Imam Malik rahimahullah, diselak kertas depan gurunya secara perlahan, sebabnya khuathir Imam Malik rahimahullah terganggu dgn bunyi selakan helaian kertas tu.

Alhamdulillah sikap hormat tuk guru ni ana tengok di pondok cukup baik.

Contoh tuk guru dtg solat jemaah, ade je la jap lg anak murid ambil selipar tuk guru susun bg molek.

Tuk guru lepas solat, badan letih sesuai usia tuk guru pondok yg kebanyakkan semua dah tua-tua, jap lg ade la anak murid gi urut belakang tuk guru.

Allahu Allah.

Kalau antum pernah ziarah pondok, mmg tk sunyi drpd tengok suasana begini.

Antara berkat ilmu tu ta'zimkan guru serta khidmat dgn guru dan pihak pengurusan pondok.

Benda gini klu tempat belajar lain rasanye tkde.

-------------------------------------------------------------------------
Ana teringat abg senior ana di pondok dulu, dia Matan Hidayatul Azkiya ni menghafal habis, walaupun nazhom matan ni agak susah nk hafal seperti Matan Jauharah Tauhid. 



Yang bawah tu, nama-nama kitab, aku akui, memang aku tak mengaji kitab begini. Dulu dekat sekolah pernah, ada kitab kaler pink lembut, pink terang dan kuning. Jawi lama. Susah nak baca. Merangkak-rangkak ikut ustaz. Kami buat terbuka. Buka tirai muslimat perempuan. Sama-sama baca. Hehehe.

Rindu zaman dolu-dolu.

Tapi seronok kan bila guru memahami kita, dan kita pun sayang kepada guru.

Kesimpulannya, guru yang kena bersikap baik, dan menegur secara berhikmah. You earn what you give. Hihi..sekiann..

Comments