Baru Nak Bermanja....

Aku baru berpikir-pikir nak dekatkan diri. Sebab diri aku dah jauh gila dan banyak kali terbabas. Aku baru mintak ditabahkan hati. Haha. Rupanya, selang dua hari, gedebuk. Haha. Alkisahnya hari aku tergedebuk, datang status begini dekat Facebook.

Angel Pakai Gucci
Kita akan diuji dan diuji dan diuji sehingga kita tidak tahu hendak bergantung kepada siapa lagi melainkan ALLAH

Itu satu. Haha.


Paling menjentik hati ni yang paling panjang ni.


'BERTUAHNYA SAYA KERANA BERTUHANKAN ALLAH'.

Dalam hidup seharian, saya sering bergelut dgn diri pertahankan kualiti iman. Sekejap ia naik, di lain waktu ia laju menurun.

Ketika ia di atas, semua amal ibadah dilaksanakan 'full package'. Sehari sempat baca Quran berjuzuk, solat berjemaah, puasa sunat, tazkirah, tulis buku, selawat & istighfar beratus kali, sedekah, & solat malam easily.

Tapi ada waktunya performance menurun - baca Quran semuka je, solat lambat, puasa buka tengahari, kerja tak produktif dll.

Walaubagaimanapun, Allah s.w.t punya pandangan lain terhadap saya. Ketika hari iman titik terendahlah, Dia menganugerahkan saya bermacam 'hadiah, surprise'. Pada hari saya lambat solat subuh, diberinya saya rezeki mencurah2 dengan cara cukup simple, tak perlu marketing pun.

Dan yg paling best, baru tadi ketika sy layari youtube, dilorongnya saya kepada ceramah yg nasihatnya 'tepat' mengena sy. Ia benar2 mengubati penyakit 'low iman motivation'.

Sememangnya Allah s.w.t sedar - 'Asraff, imanmu down ya? Tak mengapa. Saya akan bantu 'recharge'.

MAIN POINT : apa yg sy rasai tuan-puan? Sy benar2 dpt rasakan, Allah suka bantu kita, hamba yg entahapaapa ini. Di saat hidup kita hampir tergelincir, ketika itu Dia 'hulurkan tangan' menarik kita keluar.

Ketika kita terasa 'lost', Dia akan datang menemani & hiburkan. Dia tak pernah putus-asa dengan keadaan kita. Dia sanggup menunggu dengan sabar, ternanti-nanti agar kita kembali kepadaNya. Dia tetap positif walaupun kita selalu ingkarkanNya. Dan, bila kita mula mengingatiNya dengan aksi perlahan & penuh kemalasan, Dia akan laju menerpa, seperti reaksi seorang ibu menyambar tangan anak kecilnya yang hampir terjatuh ketika mula berlatih berjalan.

Subhanallah, Dia amat 'baik & bersih hati'. Dia benar2 amat sayangkan kita & amat berharap kita bertemunya 'face-to-face' di syurga dengan gembira.

Terima kasih Ya Allah, Engkau masih positif terhadap hambaMu yg lemah, silap, alpa, malas, degil, pesimis & teruk ini.

Ampunkan kami, Maafkan ketelanjuran kami Ya Rahman.

Jom, solat malam. Best 'berdua2 & berbual2 denganNya'.

- Ustaz Asraff Ayob-
- www.inspirasiqurani.com - Jika benar Tuhan di hati, mari mahirkan semua nasihatNya via 114 'surat cinta' - AlQuran.


Aku cuma boleh harap, aku bukan tentera Talut yang tertapis. Dosa dah bertingkek-tingkek. Taknak kena tinggal lagi.

Comments