Malaikat Pun Takut, Apalagi Kita


Kalau orang bedah buku, jom kita bedah surah an-Naba' pulak.

Tersebutlah akan ada suatu hari nanti, di mana akan wujud suatu hari yang sangat besar. 

BESAR. PENTING. BUKAN DIBUAT MAIN-MAIN. NO PLAY-PLAY.

Iaitu hari kiamat. Yang di mana masih ada yang ragu-ragu dengan hari kiamat. Ada yang percaya, tapi sekerat-kerat. Masih berjimba. Tapi percaya kiamat ada. Tapi kadang-kadang terasa malas nak mengingat *hentak kepala ke dinding

Tapi Allah kata, kelak orang yang berdalih-dolak tentang hari kiamat tu, akan mengetahui dengan seyakin-yakinnya hari kiamat itu ada. Wujud. Sahih. Tak dapat dinafikan. Allah kata lagi, kenapa nak ragu-ragu Eh eh hari kiamat tu ada ke rasa macam tak berapa nak ada tapi Quran kata ada, Allah kata lagi, Allah sudah bisa menghidupkan orang-orang yang telah mati, menjadikan bumi sebagai hamparan, gunung-ganang sebagai pasak, ada pasangan masing-masing *sengih sambil cakap insyaAllah

Tidur untuk merehatkan badan, malam yang melindungi kita, menjadikan siang dengan cahaya terangnya, macam-macam yang Allah dah buat...

http://3.bp.blogspot.com/-Jep3TbCp520/T36dJvaJCKI/AAAAAAAABI4/dqk0dPyj1Cs/s1600/kiamat.jpg 
aimanayie.blogspot.com

Kita tahu kiamat tu ada. Tapi kita buat daaaaaaaak saja. Kita tak ikut perintah Dia. Kalau ikut pun sekerat-sekerat lah takat mana yang kita rasa mampu. Kita rasa mampu setakat tu, dalam ahti sebenarnya, malesss *eh eh kenapa macam tuju dekat aku eh eh

http://1.bp.blogspot.com/-Y-S53a9CWbg/TfVvdBRtPoI/AAAAAAAAAD4/ST0BqsHDX6Q/s1600/lazy20bear1.jpg 
bunlessintheoven.blogspot.com

Dalam surah ni diceritakan, pada hari yang dijanjikan tu, malaikat bersusun-susun berbaris-baris. Tak bercakap walau sepatah halal sekalipun. Kecuali kalau Allah kata, Malaikat sila cakap sekarang baru malaikat mula bersuara. Punya takut hari tu. Kalau malaikat pun takut, padahal suci dari buat dosa, kita ni macam mana? Entah-entah air kencing laju je turun punya takut. Peluh macam baru lepas balik dari mandi hujan. Itu punya takut malaikat. KIta ni buat dosa dan lagha seolah dunia ini ana yang punyaaaa hahahaha

Sedangkan nabi-nabi pun gelisah, sebab tak dapat bagi syafaat kepada ummatnya. Nak tolong ummat yang disayangi untuk berhadapan dengan Raja Segala Raja. Pedulikan title raja di dunia. Ini Raja Besar. Unlimited power. Keras kan ayat ni?

Dari ayat 21 hingga 30, semuanya menceritakan perihal neraka. Tempat kembali orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan. Tak ada udara sejuk umpama air cond New York Cooling King bagai. Tak ada sebarang minuman. Yang ada air panas menggelegak punya panas macam fresh dari cerek. Air danur, air daki-daki nanah bagai yang mengalir. Kerana mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal. *kitaaa?? aaahhhh pingsan


http://2.bp.blogspot.com/-3dwn9N543hs/UNMnUJ1GlkI/AAAAAAAABOs/7KU5OsJlvGw/s1600/tanda+tanda+kiamat+besar.jpg 
ahm-irfan.blogspot.com

Kita ni kan...kan...kan...macam tak sedar ja mati ni bila-bila masa saja. Tak ada trial 30 hari nak rasa mati ala-ala Internet Download Manager. Tak ada. Ini exam bukan macam SPM. Bukan macam MUET. Kalau result tak elok boleh repeat. Tak. Ini sekali habis, habis lah. Mana boleh panggil Doraemon patah balik ke alam dunia. Sepatutnya ini yang kita pegang. Bukan lain-lain. Bukan. Bukan berlagha-laghaan macam makcik penulis ni yang kunun menaip-naip tapi lebih teruk. Bukan.

Jadi, macam mana?

Comments