Jenis-jenis Perwatakan Manusia

Antara sedar, mahupun tidak sedar.

Benda ni, terilham dari dalam bas. Kadang-kadang kita tengok orang di jalanan dan terfikir jenis kehidupan yang mereka hadapi.

Ada empat jenis rasanya. Setakat yang sempat diklasifikasikan.


Yang kalut materi.
Asyik-asyik kerja. Kerja mau bikin duit. Hidup tak pernah rileks. Rasa nak ke hadapan. Kerja nak bersaing. Dalam kepala memang tak ada benda lain selain nak bersaing. Trend apa semua dia nak tau. Dia nak ikut. Jenis tak senang duduk.

http://limitlesslivingtoday.com/wp-content/uploads/2012/11/People-rushiing.jpg 
limitlesslivingtoday.com




Yang rileks. Terlebih rileks.
Dia tak kalut nak mengejar perkembangan materi. Tapi, dah jadi terlalu ignorant. Orang nak majukan diri, dia cukup nak bersederhana. Orang nak baiki status diri, dia masih di tahap selesa. Orang dah maju ke depan, dia di situ. Katanya terlalu mengikut trend merosak hidup. Lebih kepada counter-reformation.
http://www.myperfectbody.co/wp-content/uploads/2013/03/bigstock-Relaxed-businessman-having-a-b-26448809-1024x682.jpg
myperfectbody.co




Yang sedang-sedang.
Bersedang-sedang materi, bersedang-sedang dalam beragama. Kalau terlalu kuat dalam beragama, jadilah tak ada kehidupan. Tak nak rileks sangat, apa-apa pun semua buat bersederhana. Tak berapa ignorant. Dia ambil tahu, tapi tak fanatik.

http://www.thechangeblog.com/wp-content/uploads/2012/06/friends-e1340552290653.jpg 
thechangeblog.com






Yang kalut. Bukan bab materi, sebab bila datang bab materi, dia rileks.
Orang yang macam, Yasmin Mogahed. Geng-geng Palestin. Yang tak berapa nak tidur. Sebab sibuk dengan dakwah. Berusaha gegila untuk ekonomi umat. Menimba ilmu macam Imam Syafie takpun Imam Bukhari. Tapi bab rezeki, tak terlalu nak demand. Tak terlalu nak ikut trend semasa beli rumah bergedang-gedang, Schwarzenkopf ke Gucci ke. Sebab dia tahu, materi ni, dikejar banyak mana pun, sebenarnya tak pernah membahagiakan hidup. Dia hidup untuk ustaziyatul alam. Bukan untuk duit berkepuk-kepuk. Dia tenang sebab dia ada Dia.

http://kuwaitiful.com/wp-content/uploads/2012/01/Rachid-Nekkaz.jpg 
kuwaitiful.com
Rachid Nekkaz dan isteri. Muslim Perancis yang haibat. Dahlah kaya. Siap nak tanggung saman terhadap perempuan berpurdah lagi.  Hanya di Perancis.


Yang mana satu kita?

Comments

  1. Jadilah orang yang bekerja...teringat surah an nisa ayat 95

    ReplyDelete
  2. hee kan...nak kerja sekeras sekuat mungkin uuuu

    ReplyDelete

Post a Comment