Jangan Tinggal!

Ya, memang kita dituntut untuk mencari kawan-kawan yang baik,

tetapi meninggalkan kawan-kawan yang sedia ada demi untuk menjaga iman kita,

adalah berbunyi kejam sekali,

dalam kedahagaan untuk menjadi ghuraba',
 
demi menjaga kepentingan iman sendiri,
 
kerana tidak mahu menjadi buih di lautan,
 
www.layoutsparks.com

kita terlupakan bahawa syurga itu luas, muat untuk semua,
 
kita terlupa yang mengadili manusia itu Allah bukan kita,

jadi apabila kita tinggalkan kawan-kawan untuk menyertai the so-called orang baik-baik,

sungguhlah kita tertipu dengan agenda-agenda jahat musuh Islam,

memisahkan para ustaz ustazah dengan yang selamba-selamba rock,

seolah-olah tak ada sekelumit pun dalam diri selamba-selamba rock ini,

keinginan untuk berubah menjadi baik.
 
 
angel119.wordpress.com

Pahala itu bukan kau sorang yang punya. Baik tu bukan kau saja boleh buat.
 
petikan dari al-Munthalaq karya Muhammad Ahmad al Rasyid, bab 1

Comments