Ringkasan Mesej Terakhir RasuluLLAH s.a.w.

Mesej 1 - Bercinta dengan al-Quran dan Sunnah

Kita teliti mesej apa yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah, lihat kebaikannya, terima, dan amalkan ajaran-ajaran yang termaktub dalam al-Quran dan Sunnah. Pegang erat kepada dua warisan Junjungan kita ini.

Mesej 2 - Memperkemas bukti cinta

Sesudah kita mengucap dua kalimah syahadah, kita sudah berjanji dengan ALLAH, kita sudah berjanji untuk menyembah ALLAH dan mematuhi segala laranganNya dan tidak akan menyekutukan Dia dengan yang lain. Kita sudah mengangkat sumpah. Sudah berikrar. Maka laksanakanlah apa yang kita ikrarkan itu. Kerana kita sudah naik saksi kepadaNya. Selalulah istiqamah iaitu berterusan dalam mencintai ALLAH dengan memperbaiki kualiti solat, malah laksanakan solat sunat untuk menampung solat fardu kita yang mungkin ada lompang di mana-mana. Selalulah berpuasa untuk menahan nafsu, untuk melemahkan nafsu supaya kita tak mudah terjebak melakukan maksiat. Tunaikanlah zakat untuk menyucikan harta, malah perbaikilah hubungan sesama Muslim yang lain.

Mesej 3 - Berwaspada dengan musuh hakiki

Syaitanlah musuh kita sejak kita lahir dan sehingga kita mati. Jika mereka tidak dapat menyesatkan orang Mukmin dalam perkara-perkara besar, contohnya berzina, maka mungkin akan disesatkan dengan perkara-perkara kecil, contohnya beramal dengan rasa riak, yang langsung tidak disedari oleh hati.

Mesej 4 - Memperhebat taqwa

Ketahuilah bahawa setiap jiwa akan merasai mati, dan setiap kita akan dipertanggungjawabkan atas segala amalan kita. Malah sedarilah di akhirat nanti akan ada yang menuduh kita untuk berlepas tangan dari menanggung kesalahannya seorang, jadi mereka membabitkan kita sekali untuk menerima hukuman seperti mereka. Buatlah amal kebaikan sehingga tiada lagi tuduhan yang boleh dikemukakan oleh kamu. Jika kamu tidak bersungguh-sungguh dalam menyampaikan kebaikan, maka peluang sentiasa ada untuk mereka menarik kamu sekali dalam jurang neraka bersama-sama mereka.Itulah kayu ukur diri kita dan harapan kita di hari pembalasan kelak.

 
www.dreamstime.com

Comments