20 Perkara Membatalkan Syahadah

Sekiranya seseorang itu melakukan 20 perkara berikut, maka kita khuatiri iman akan terbatal.


1) Bertawakal dan bergantung selain daripada ALLAH s.w.t. Contohnya mempercayai tangkal azimat mampu melariskan perniagaan, cincin mampu melindungi pemakainya.

2) Mengingkari nikmat ALLAH s.w.t., apabila dia mendapat rezeki yang melimpah-ruah dia tidak akan rela untuk mengucapkan syukur malah mendakwa rezeki yang diperolehinya adalah hasil titik peluhnya sendiri dan bukan dari pertolongan sesiapapun meskipun Tuhan.

3) Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain ALLAH s.w.t., jika bekerja mengharapkan kenaikan pangkat, mengharapkan pujian manusia dan mengharapkan gajinya dinaikkan.

4) Membuat undang-undang menurut kemahuan manusia, bukan menurut kehendak dan ketentuan yang telah digariskan oleh ALLAH s.w.t., contohnya tindakan Mustafa Kamal Attarturk melarang pemakaian tudung keran tidak mahu sebarang simbol agama dalam usaha untuk mewujudkan negara Turki yang baru.

5) Mentaati selain ALLAH s.w.t. tanpa keredhaanNya. Contohnya mentaati Basshar Assad pemimpin di Syria kerana takut dibunuh oleh militia Basshar.

6) Menjalankan hukum selain dari hukum ALLAH s.w.t. Contohnya, jika mencuri dan sabit kesalahan hanya dikenakan denda dan bukan hukuman potong tangan seperti yang termaktub dalam hukum Islam.

7) Tidak beriman kepada salah stu dari ajaran Islam atu keseluruhannya. Contohnya meyakini bahawa al-Quran masih tidak lengkap.

8) Mencintai dunia lebih dari akhirat. Contohnya menghitung-hitung kekayaan dan lebih suka bermewah-mewah daripada duduk sekali menuntut ilmu di masjid-masjid mahupun di mana-man tempat yang lain.

9) Menghina salah satu dari ajaran al-Quran atau Sunnah, mempersenda orang alim atau orang-orang yang memperjuangkan Islam atau memperolok-olok hukum ALLAH s.w.t. Contohnya menyatakan hukuman rejam sebagai tidak berperikemanusiaan, sebat terhadap peminum arak sebagai tidak berperikemanusiaan padahal minum arak itu sendiri bukanlah perbuatan yang bertamadun malah mendatangkan keburukan.

10) Menghalalkan apa yang diharamkan oleh ALLAH s.w.t. dan mengharamkan apa yang dihalalkanNya. Contohnya menganggap perbuatn menuang sedikit alkohol ke atas masakan sebagai tidak apa.

11) Tidak beriman sepenuhnya kepada sumber hukum iaitu al-Quran dan Sunnah, contohnya hanya mengamalkan sunnah yang dirasa sesuai dan mendatangkan faedah buat dirinya.

12) Mengangkat orang kafir dan munafiqin sebagai pemimpin serta tidak mencintai orang Islam dan orang Mukmin. Contohnya daripada memilih pemerintahan Khilafah seseorang itu lebih suka jika pemimpin sekular yang mengetuai negaranya kerana yakin kemajuan akan datang jika negara itu sekular.

13) Tidak beradab dalam bergaul dengan RasuluLLAH s.a.w.

14) Rasa takut dan lemah hati dalam menegakkan tauhid dan merasa senang hati apabila syirik lebih mendominasi persekitarannya.

15) Menyatakan bahawa kononnya terdapat percanggahan ayat antara ayat yang zahir dengan isi yang terkandung di dalamnya.

16) Tidak mengetahui ma'rifat ALLAH s.w.t. dengan pengenalan yang benar dan jelas, serta mengingkari sifat-sifat ketuhanan, contohnya ALLAH itu punya anak.

17) Tidak mengetahui RasuluLLAH secara benar atau menafikan adanya sifat-sifat terpuji yang diberikan kepada baginda oleh ALLAH s.w.t., contohnya dengan mudah meyakini tuduhan Nabi Muhammad s.a.w. pengganas tanpa usul periksa.

18) Mengkafirkan orang yang mengucapkan kalimah syahadah dengan alasan sekian-sekian tetapi tidak mahu mengkafirkan orang yang telah jelas-jelas terlihat keingkarannya.

19) Mengerjakan sesuatu ibadah yang diniatkan bukan atas nama ALLAH s.w.t.

20) Riak dalam hati.

bodyodd.nbcnews.com
kitakah?




Comments