Jom fix relationship kita dengan Dia!!!

Bila jauh dan jauh dari Tuhan, maka akan jadi tak tentu arah. 

Jadilah gila, meroyan, sasau, sewel, psiko, mental, halusinasi, kena rasuk, stress, mereng, rasa nak terajang semua benda, nak marah semua orang, sakit jiwa, dengar suara suruh terjun bangunan, panjat koridor, ambil parang mohon takik tetak sembelih penggal kepala mak ayah konon-konon mak ayah ada buat kesalahan yang tak terampun, padahal mak solat 5 waktu tak tinggal langsung, takpun tiba-tiba ambil pistol mengamuk tembak semua orang termasuk budak-budak yang tak bersalah langsung. 

Kalau bawak kes ke polis, sah-sah dapat pengecualian atas alasan mental.

Sebab apa benda macam ni boleh jadi? Punya sibuk dengan urusan dunia sampai kita tak sedar pokok pangkal kepada masalah berat besar gedabak tujuh petala ni datangnya sebab kecacatan hubungan kita dengan Dia Pencipta kita. Sebab fitrah manusia itu adalah untuk mengabdikan diri kepada Dia, jadi bila menjauh dari Dia, macam menolak fitrah kehambaan itu sendiri. Itu tak normal. 

Itu namanya mencacatkan akidah. Cacat penglihatan, cacat anggota tetapi masih membaiki hubungan dengan Dia setiap masa berjuta-juta kali ganda lebih baik daripada cacat akidah, cacat jiwa kehambaan. 

Siapa mahu akidah yang abnormal?

follow-islam.com

Jadi, siapa-siapa yang rasa ada aura wayar nak terlitar pintas ke apa, jommmm kita check balik, berapa kali dah kita contact-montact dengan Dia?

Comments