bodoh.piang.pandai.dungu.cerdik.tidak

ada yang berkelulusan setakat diploma, namun kejayaannya membuatkan kita yang menjenguk dari bawah merasa cemburu. namun ada yang benar-benar hebat, dengan ijazah merata-rata, sijil-sijil, pingat yang tersusun elok menghiasi almari di rumah, namun bila berhadapan dengan hutang-hutang, dikejar pemungut hutang, hal rumah yang tidak teratur, adakah kita masih boleh menganggap seseorang itu pandai?

seperti yang dipetik dari dalam sebuah novel, cancer ward yang pernah memenangi anugerah sastera nobel,

pelajaran tidak akan menjadikan bijak.

habis, apa yang menjadikan kita bijak?

kehidupan, itulah yang sebenarnya...

orang yang bijak tahu apa yang baik untuk dirinya adalah apa yang patut dibuatnya, seperti dalam novel meg cabot, when lightning strikes

tidak ada siapa pun yang boleh melakukan apa yang disukainya. tetapi hanya dapat melakukan apa yang patut dibuatnya. apa yang kita dapat buat adalah apa yang kita patut buat.

bercakap soal cerdik pandai ini, tergerak hati ingin menyentuh soal kecerdikan yang tidak membawa ke mana, hanya sekadar di atas kertas dan dijaja penduduk kampung. entah apalah yang ditaksubkan sangat oleh orang-orang kita dengan kejayaan atas kertas ini, berbanding orang yang aman damai hidupnya tanpa masalah, dengan anak-anak yang terjaga dsb.

soal halimaton abd rashid.

dengan kejayaannya dalam peperiksaan umum, dia benar-benar terkenal di peringkat negeri. sebab tak ramai yang boleh berjaya dengan standard peperiksaan atas kertas. memang heboh kampung.

tapi bagaimana boleh terjebak dengan suatu perkara yang sangat bodoh, bagi orang-orang masa kini dan dari sudut agama. dari segi orang masa kini, teman lelakinya masih muda dan belum bekerja. ok. mengecewakan ibu bapanya - dengan memaksa perkahwinannya diadakan juga, dan mendesak kalau tak buat lari dari rumah - adalah suatu tindakan yang sangat tidak bijak kerana implikasinya, berkemungkinan besar mukus yang menyerap bahan kimia dalam hidungnya tidak akan berbau-bau syurga.

dari kaca mata masyarakat, dia sendiri tidak bekerja, tidak punya pekerjaan tetap, masih bersekolah, pmr (mind you!)...dengan teman dia pula yang juga muda....kemana sajalah hidup mereka selepas ni.

apa mereka fikir kahwin itu atas dasar cinta saja, suka sama suka??

tak melibatkan keluarga dari kedua-dua belah pihak??

anak yang diasuh nanti macam mana? dengan kedudukan kewangan yang paling rapuh sebab tak ada yang bekerja tetap..

dengan tanggungjawab sebagai isteri yang patut dipikul....tanggungjawab dari segi agama....

dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan rumah dan tangga sesuatu institusi keluarga itu sendirilah...

sudah ditahan ibu bapa, namun masih berkeras nak kahwin, hinggakan terpaksa ibu bapa turutkan, namun tak berjaya kerana si cerdik pandai itu masih di bawah umur. tambah lagi, si cerdik pandai yang benar-benar matang dalam hidupnya tinggal sementara di rumah bakal suami. hebat. barangkali sedang berlatih selok-belok ilmu rumah dan tangga gamaknya.

ada pula ura-ura yang meminta undang-undang perkahwinan dilonggarkan, kerana hak asasi manusia.

bukanlah maknanya apabila seseorang itu mencapai kematangan fizikal, ruhaniyyahnya juga sudah sama berkembang dan gaya berfikir setaraf orang dewasa. tempoh kematangan yang sebenar, sebenarnya tak dapat dipastikan, bergantung kepada corak kehidupan seseorang. tetapi dengan kehidupan yang masih dilatari kertas dan pena, tanpa adanya kehidupan sebenar yang dikelilingi makhluk hidup yang juga laju dalam menghunjamkan hujah-hujah keras, adakah dikatakan dewasa???

janganlah hendaknya ada yang menggunakan dalil pula. perkahwinan adalah suatu kehidupan yang berdikari. dalam konteks berdikari ini, berdikari benarkah seseorang yang hidupnya masih dikelilingi kertas dan pena??

adakah rahmat yang menaungi di bawah perkahwinan yang menekan perasaan orang tua??

dan satu lagi persoalan yang tak henti-henti memalu koklea seterusnya menghantarkan signal ke otak...

adakah pandai itu semata-mata di atas kertas sahaja?? sebenar-benar pandaikah???

Comments