P:saya mahu lelaki yg romantik n hensem (versi biol punya..hahaha)

kah3..percayakah anda dengan omongan perempuan ini?? haha.

jom, mari kita terangkan konsep romantik dan handsome yang sebetulnya.

handsome itu mencakupi suatu kesempurnaan, lengkap, tak ada cacat cela dalam sesuatu perkara. manakala romantik itu kalau diistilahkan dalam maksud yang lain, maknanya baik budi pekerti dan berakhlak mulia, selain tahu adab-adabnya sebagai seorang lelaki.

handsome ini dipecahkan dalam beberapa bahagian.

handsome agamanya.
dia tahu sepenuhnya mengenai agama yang dianutinya, bukan sekadar serba-serbi tahu. dan tidak juga asyik memperkatakan perihal agama dengan sewenang-wenangnya tanpa dipinta, dan bukan mengikut pemahaman sendiri berdasarkan pembacaan rambang.

handsome katanya
sentiasa berfikir sebelum menyusun kata-katanya, agar setiap yang diucapkan itu berfaedah dan tidak mengganggu gugat perasaan orang lain. sekurang-kurangnya ia memberikan impak yang baik kepada telinga yang mendengar.

handsome perbuatannya
perbuatannya tidak di luar dugaan. tidak gelong (hahahaha)....tidak berbuat sesuatu melainkan sudah berfikir semasaknya dan sudah mempertimbangkan baik buruk selepas apa yang dilakukannya...dan juga pembersih dan pengemas (itu bonus!)

handsome tanggungjawabnya.
yang mampu untuk memimpin adalah dambaan semua. sebab perempuan ini sifatnya rapuh, maka [erlu kayu pacak yang kuat untuk menyangga rapuh perempuan ini, rapuh perempuan ini pula biasanya dalam soal agama. dia tahu bagaimana hendak membentuk isterinya supaya mereka dapat bersama-sama menghidu bau syurga. dan menggapai tangan anak-anak untuk dibawa bersama. tidak akan pejamkan mata apabila terlihat kesalahan, ditegurnya dengan cara yang paling halus (kerana manusia memang susah hendak menerima nasihat yang keras yang bersifat sarcastic.

romantik??

sungguh beradab dengan orang yang lebih tua, bukannya sekadar selisih lalu main jeling saja, dan bukan terhadap gadis yang lalu lalang di jalanan...

dengan sesiapa sahaja yang pernah mengajarkannya ilmu walau seciput mana pun, tapi berusaha menghormati mereka. dan bukannya bertindak menyakiti hati mereka. tambahan lagi sekarang ada yang bertindak memarahi ibu bapa di khalayak ramai, tak romantik namanya.

dalam komunikasi dengan orang lain, berlapik bahasanya. tidak main, errr smash gitu. adakalanya ego harus diletak di tepi demi menjaga kerukunan masyarakat. tidak melenting dengan semena-mena biarpun dalam kesusahan. sebab ada yang bising-bising dahulu kemudian baru nak menyedari, aiyoh, aku dah salah.

mudah meminta maaf. bukannya kalah atau malu apa pun, contohnya terlanggar budak, apabila kita menyedari mesti minta maaf, biarlah kita yang memulakan. hendak ke mana-mana juga beradab. baik di jalanan, dengan masyarakat atau dengan sekelompok yang rapat dengannya

itulah erti hensem dan romantik. hehehe

Comments