yang perlu untuk umat islam

+menyuruh orang membuat kebajikan, mencegah kemungkaran dan sabar atas segala yang menimpa

+mengingati ALLAH banyak-banyak, kerana ALLAH mengingati orang yaang mengingatinya

+jangan mencintai dunia, kerana kita tidak diciptakan untuk mencintai dunia, namun untuk mengabdikan diri kepada Rabb.

+jangan terlalu gembira dengan kesihatan yang dikurniakan, boleh jadi akan menerima sakit

+sembunyikan kesusahan diri, jangan dijaja ke telinga orang lain untuk menagih simpati

+jangan biarkan ayam menjadi lebih cerdik daripada kita

+bercukuplah dengan apa yang sedikit

+redhalah dengan apa yang dibuat

+bersahabatlah dengan orang yang bijaksana

+gunakanlah kata-kata yang baik terhadap orang lain

+duduklah bersama-sama ahli zikir

+perbanyakkanlah mendiamkan diri, boleh menjaga lidah daripada menuturkan perkataan yang tidak elok

+memanfaatkan apa yang ALLAH ajar di dalam al-quran

+takutlah kepada ALLAH, ingatlah mati, sebab manusia yang bijaksana adalah mereka yang mengingati mati dan takut kepada tuhannya

+bersifat tawadhuk

+memahami sesuatu hikmah yang tersembunyi di sebalik sesuatu kejadian

+menjadikan akhlak kita dengan akhlak yang berhikmah

+jangan menghilangkan harta orang (jangan songlaplah), sebaliknya memperbaiki harta orang tersebut supaya tidak susah dan menyenangkannya

+jangan menolak permintaan orang

+menerima kekurangan orang lain seadanya

+selalulah berjumpa ulama, jangan bergaduh dengan mereka, nanti dibenci ulama

Comments