renungan dari bijak pandai

petikan daripada buku la tahzan karya dr al-aidh abdullah al qarni

pesan berhikmah ahli bijak pandai

+mandi air panas pada musim panas lebih baik
+setiap yang berlebihan itu bertentangan dengan tabiat jiwa
+mengurangi bahaya lebih baik daripada memperbanyakkan manfaat
+jangan memenuhi perut dengan makan berlebih-lebihan
+usir rasa malas untuk bekerja dan menjaga kesihatan tubuh

ingin sihat?
+membaiki menu makan
+makan denga bersih, sama ada tempat, perkakasan penyediannya, tangan yang menyuap dsb
+merebahkan badan sedikit setelah makan tengah hari (bukan tidur terus!)
+tidak tidur sehinggalah selesai membuang hajat
+minum hanya apabila haus
+kurangkan banyak meminum air
+berjalan-jalan sedikit selepas makan malam
+jangan mandi setelah selesai makan

awet muda?
+menyegerakan makan tengah hari
+menyegerakan makan malam
+menipiskan selimut sewaktu tidur
+mengurangkan hubungan

lima perkara yang merebahkan tubuh
+terpisah dengan orang yang dicintai
+banyak meminum yang masam-masam
+menolak nasihat yang diterima daripada orang lain
+bersama-sama orang yang bodoh
+mentertawakan orang yang pandai

empat perkara yang membuatkan badan sakit
+banyak cakap-kemampuan otak akan menurun, rambut cepat beruban
+banyak makan
+banyak tidur-menjadikan wajah pucat, malas bekerja, agresif
+banyak melakukan hubungan-badan lemah, oto kendur, badan kurang segar, otak lembap

empat perkara yang merosakkan tubuh
+sentiasa cemas, lapar. sedih yang berpanjangan, kurang tidur malam

empat perkara yang menyenangkan badan
+melihat yang hijau-hijau
+melihat kekasih (suami isteri sahaja ya, yang tak ada sijil nikah dengan akad yang sah jangan praktis pula)
+melihat air yang mengalir
+melihat buah-buahan (bukan yang ada di depan mata, yang masih tergantung di pokok)

empat perkara yang menggelapkan pandangan
+berjalan tanpa kasut
+selalu berwajah masam
+banyak menangis
+banyak meneliti garis-garis yang kecil-kecil

empat perkara yang menguatkan badan
+memakai pakaian yang lembut
+mandi dengan air panas
+makan makanan yang manis dan berlemak (ini untuk sekali sekala, kalau berlebihan tu maaf sajalah)
+mencium yang wangi-wangi

empat perkara yang menghilangkan keceriaan wajah
+berbohong
+tak tahu malu
+banyak bertanya tanpa dasar
+banyak melakukan maksiat

empat perkara yang menyegarkan wajah
+menjaga harga diri
+menepati janji
+bersifat dermawan
+sentiasa bertaqwa

empat perkara yang mendatangkan kemarahan
+bersikap takbur
+dengki
+bohong
+suka mengadu

empat perkara yang mendatangkan rezeki
+qiyamullail
+terbiasa dengan memberikan kepada orang lain
+banyak beristighfar menjelang subuh
+berzikir di petang hari

empat perkara yang mencegah rezeki
+tidur di pagi hari
+jarang solat
+malas
+suka berkhianat

empat perkara yang membahayakan otak
+ketagihan makan benda-benda yang masam
+tidur terlentang
+sentiasa resah dan gelisah
+bersikap gundah gulana

empat perkara yang meningkatkan daya pemahaman
+mempunyai hati yang bersih
+mengatur menu makanan
+tidak menyelangkan makan dan minum dengan banyak
+menambahkan makanan yang manis dan berlemak (kurma, susu dsb, bukan yang ada di pasaran sekarang ni)
+membuang endapan yang memberatkan badan (buang air besar secara berkala setiap hari, ia sebagai penanda tahap kesihatan tubuh)

petua-petui yang lain
+bersahaja dalam marah, syahwat dan hal-hal ilmu
+tidak mencampurkan dua makanan yang tidak baik
+tidak memasukkan makanan yang lain ke dalam makanan yang lain (makan makanan yang berlainan dalam satu masa)
+tidak menyimpan makanan yang melukai dalam penghadaman (coca-cola contohnya)
+tidak makan makanan laut dengan makanan darat, contohnya ayam dan ikan dalam satu hidangan)

Comments