attention to all cotton buds user

menurut kajian perubatan, penggunaan cotton buds yang kita gunakan untuk bersihkan telinga sebenarnya, bukan membersihkan telinga. cotton buds itukan hujungnya besar, bila dimasukkan dalam telinga, ia akan tolak kotoran tu jauh ke dalam sampai blok gegendang telinga. macam-macam komplikasi boleh timbul bila kerap gunakan cotton buds ni. sebenarnya artikel ni dah lama, dah dua tahun. saya agak terkejut, sebab trend kita gunakan cotton buds untuk bersihkan telinga. kata doktor tu, bulu halus dalam telinga yang memerangkap kotoran tu sendiri akan buang, kuis-kuis lilin gelap yang mengandungi kotoran tu hingga sampai ke cuping telinga.

jadi kotoran tu ends up di cuping telinga. tersadai di situlah. jadi bagaimana nak cuci? teringat pula saya dengan amalan dalam wudhu yang membersihkan cuping telinga tu. jari-jari kita menyental-nyental bahagian cuping itu, dan tak pula dijolok ke dalam (haha). itu kiranya kaedah paling betul untuk bersihkan telinga. haha. cetek betul ilmu kita sebenarnya. apa yang ALLAH gariskan untuk kita sebagai panduan hidup sebenarnya dah cukup molek untuk kemaslahatan diri kita sendiri. yang membuktikan bahawa kita bukan siapa-siapa sangat di atas bumi-Nya ni. tak sangka pula ya?

Comments