cikgu jangan dipecat

kuasa milik pengetua yang nampak seperti mutlak ini mungkin berbaloi bagi pengetua yang menghadapi masalah dengan guru yang tidak produktif. bolehlah dipecatnya senang-senang. tapi bagaimana dengan sekolah yang dalam keadaan yang terbalik, maksud saya guru pula berhempas-pulas sedangkan pengetua hanya sibuk mengarahkan itu dan ini. mahunya pengetua demand lebih, terlalu membebankan, bila dilihat pula guru yang mempunyai pandangan lain dan suka menentang ideanya, terus dipecatnya. tak mustahil ada pengetua yang akan menggunakan faktor peribadi seperti rasa tergugat melihat guru a seolah-olah menyaingi kuasanya di sekolah bertindak memecatnya.

adakalanya pengetua juga tidak produktif. biasalah kadang-kadang bila sudah di atas terlupa dengan apa yang di bawah, tapi tak adalah semua. jadi cadangan sayalah,
guru juga boleh diberi kuasa veto (pelik bunyinya) namun bukan seorang sahaja, guru-guru bermesyuaratlah, jika ada ramai yang mahukan pengetua ditukarkan, ada suara majoriti yang menyokong, jalanlah.

kadang-kadang pengetua juga buat salah, jadi perlukan guru untuk menegurnya. tapi kalau berdepan dengan yang degil dan tak makan saman, itu tak boleh nak buat apa dah. undi majoriti suruh pengetua tukar sekolahlah jawabnya. bukan setakat pecat sewenang-wenangnya. barangkali guru yang dipecat sebenarnya permata disangkakan kaca. yang pernah menyumbang banyak untuk kecemerlangan sekolah. biasanya gurulah yang tinggal lama di sesebuah sekolah. pengetua kerap bertukar sama ada naik pangkat atau sebagainya-dari pemerhatian sayalah. pengetua takkan tunggu lama dalam sesebuah sekolah, melainkan jika dia disayangi pelajar dan sikapnya yang mesra rakyat.

suara majoriti tu berilah macam setengah daripada jumlah guru yang ada di sekolah tersebut. kalau 15 orang saja yang menyokong, macam tak patut pula bagi sekolah yang punya guru ramai. buatlah pecahan bagaimanapun, janji ramai yang menyokong tidak mahu berada di bawah pengetua itu lagi. amacam?

Comments