dari kacamata budak yang tak pakai cermin mata....perihal orang yang memimpin orang dibawah yang kene pimpin...musti baca...

bercakap mengenai kebebasan bersuara, saya budak kecik yang masih tak tahu apa-apa mengesyorkan supaya media contohnya akhbar menyiarkan kedua-dua berita mengenai kedua-dua belah pihak. laporan media yang kelihatan bagi saya berat sebelah bagi saya akan mengeruhkan lagi keadaan.

kita tidak mahu pemimpin bertelagah soal kawasan pegangan atau pengaruh politik tetapi lebih menjurus kepada mengapa mereka mendaftarkan diri mereka sebagai wakil rakyat. kalau kita lihat, kedua-dua pihak menyiarkan artikel yang penuh kebencian dan bersifat menyerang antara satu sama lain. bagi saya juga, pemimpin harus menjaga imej bersih mereka dan berfikir dua kali sebelum bertindak dan memberi komen akan sesuatu keadaan.

ada segelintir pemimpin bersifat menghentam peribadi sesiapa yang tidak disukainya sehingga membuatkan rakyat akan melihat kepada faktor peribadi dan bukan kepada usahanya untuk membawa keselesaan kepada hidup rakyat. mungkin ada sesetengah rakyat yang mengetepikan soal peribadi atau soal akhlak dan melihat kepada prestasinya kerana golongan seperti ini biasanya lebih arif dan tahu selok-belok kepimpinan tokoh sejak kecil lagi. tetapi bagaimana dengan yang muda? tambahan pula apa yang kita lihat sekarang ini berkisar tentang pertelagahan dan kontroversi pemimpin. mana tak rakyat tak hilang kepercayaan.

baiklah, sekarang kita kembali kepada soal akhbar. biarlah pemimpin dari pelbagai pihak bebas menyuarakan pandangan mereka soal kebajikan rakyat. barulah berjiwa satu malaysia. ( bagi sayalah ). saya puji tindakan sebuah akhbar menyiarkan satu ruangan yang benar-benar menjelaskan sesuatu perkara yang menjadi suatu kontroversi suatu ketika dahulu, di mana husam musa dijemput untuk meluahkan apa yang difikirkannya, err..maksudnya speak out his mindlah. baru kita nampak dan berkata oooo..sebenarnya yang berlaku cenggini cenggitu

cenggitu bunyinya. rakyat mesti diberi pilihan untuk mempertimbangkan mana satu pemimpin yang terbaik buat mereka, lagipun yang menentukan pemilihan pemimpin adalah rakyat, bukankah kita negara demokrasi, maksudnya rakyat yang menentukan corak pemerintahan, pentadbiran dsb kerana golongan inilah yang akan berkhidmat untuk rakyat. kalau terpilih pemimpin yang salah, alamat merana rakyat. bukanlah komen ini ditulis untuk menghentam sesiapa, tetapi untuk menyedarkan kita kembali kenapa perlu adanya pemimpin. jangan fikir isi nama dalam borang, dengan syarat tidak muflis, tiada rekod jenayah dan berpendapatan tinggi, atas desakan untuk berkhidmat untuk masyarakat di situ kerana sebelumnya khidmat yang diberikan tidak adil atau tidak ada langsung. tetapi apabila sudah berjaya menang, soal rakyat ditolak jauh ke tepi. kemudian ligat mencari soal yang jauh menyimpang dari apa yang rakyat perlukan. kita ini negara yang mempunyai kurang penduduk, setaraf dengan kanada dan australia.

kalau dilihat dari segi geografi, negara yang kurang penduduklah yang mampu menyediakan perkhidmatan yang sepatutnya kepada rakyat. mempunyai kelengkapan berteknologi tinggi, kemudahan pendidikan, kesihatan dsb. terbalik kuang dengan negara kita. ada yang masih tidak berumah lagi. jadi kebebasan bersuara kita masih ditakuk lama. lagipun, lewat hari ini, orang muda mahukan pembaharuan. darah panas yang mengalir dalam jiwa muda mereka (termasuk saya, masih muda belia) membuatkan mereka mudah memberontak. orang muda sangat straight to the point (pada pendapat sayalah). mereka juga patut berfikir sematang-matangnya (maaf mengulang isi sekali lagi) sebelum memperkatakan sesuatu. sudahnya bila tidak berfikir, apabila dihentam komen balas, mulalah hendak mengamuk. kemudian tajuk depan akhbar pasal perang dingin antara dua orang ternama. seorang mewakili suatu pihak, seorang lagi bersifat individu (bukan untuk menyindir sesiapa ya). bagi yang bersifat individu tak mengapalah, bagaimana yang mewakili suatu organisasi? sudahnya organisasi itu turut mendapat tempiasnya. jadinya rakyat berkerut dahi membelek tajuk akhbar, kemudian menggeleng-geleng kepala. ingat, sekali anda mengisi borang atau ditarik oleh mana-mana orang kuatle sekalipun untuk menyertai badan berpolitik, kaki sebelah di syurga, sebelah di neraka. bila tak ikhlas dalam bekerja, niat menyeleweng pulak tu, salah guna kuasa, makan duit haram (ini sprm tolong carikan ye)...hrmmm..tak tahulah. jadi jangan tuduh ada yang kena brainwash atau kena sogok dengan duit atau pelbagai jenis hartabenda yang menjulingkan anak mata untuk menyokong sesuatu. rakyat juga dianugerahkan otak untuk berfikir, sape betul sape salah. hrmm...sekian dari budak kecik...yang tak abis sekolah lagi. heheh.

Comments