muhasabah

sesekali aku kerap mengeluh

kenapalah sakit yang teruk ditimpakan padaku
kenapalah aku dikelilingi dengan sesuatu yang merenyahkan hatiku
kenapa aku yang patut tanggung dugaan yang berat

kalih ke kiri, orang lain semua bahagia
raut wajah tak ada riak kesedihan

alangkah bahagianya mereka

setiap kali aku punya masalah

ku adu kepada teman

teman hanya mendengar tidak membalas

tiap kali terkena musibah

ku canang habis kepada semua

biar semua turut serta simpati

tazkirah pelbagai tazkirah kususuri

kesal menyelubungi diri

tuzakkir!

nampak sangatlah aku tidak redha dengan apa yang dikurnia tuhan

padahal acapkali selepas solat

kuminta hidup yang diberkati

segala amalan dilimpahi rahmah

mana mungkin aku akan peroleh rahmah tuhan

keluhan aku menggambarkan betapa aku tidak redha


aku tidak suka ujian

bencikan ujian

sedutan kisah rabiah al-adawiyah
yang bertemu seorang lelaki dengan kepala berbalut

lantas bertanya, apa engkau sakit amat?

jawab lelaki - ya.

-sebelum ini pernah kau ditimpakan sakit sebegini?

-tidak. inilah kali pertama aku menderitai sakit sebegini

-ya Allah, selama ini tuhan kurniakan nikmat yang melimpah terhadapmu
tidak pernah diberi rasa sakit
lantas apabila engkau diuji dengan sakit sebegini yang tidak seberapa
kau baluti kepalamu sehingga orang semuanya kasihankanmu
seolah-olah kau gambarkan betapa tuhan itu begitu kejam terhadapmu
setelah segala nikmat kau peroleh

pulanglah, semoga Allah merahmatimu

lelaki itu tunduk menyesal lalu berlalu pergi

apakata kita renungkan kembali
sakit sewaktu hendak menghadapi peperiksaan grand

dicerca sakit itu
padahal ia penghapus dosa

penyuci hati

lepas hati dah kena cuci, ilmu yang diibaratkan cahaya itu senang sungguhlah untuk menembus

cuba bayangkan kalau ada mendakan kotoran, sudah pastilah cahaya dari matahari sukar menerjah masuk

setelah disingkir kotoran, cahaya boleh menembusi dengan jayanya...tidak terhadang lagi

hmmm.....nak belajar pun senang, malah dapat berkat
-

Comments