Solat berjemaah menurut teori fizik.

Seorang profesor fizik di Amerika Syarikat telah membuat suatu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iaitu cas negatif dan cas positif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga yang digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita berasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda profesor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan oleh orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki.

Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah yang lain yang berada di kri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan, iaitu cas negatif, kerana hanya cas negatif sahaja yang bergerak meninggalkan sesuatu kawasan yang penuh cas negatif ke kawasan yang mempunyai banyak cas positif untuk meneutralkan cas-cas di dalam badan.

Yang berkurangan pula akan ditarik ke dalam tubuh kita. Semakin lama pergeseran antara cas ini berlaku, semakin seimbang cas di dalam tubuh kita. Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat selama beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itulah, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak dari tubuh. Solat jemaah yang disyariatkan di dalam Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur yang didirikan sebanyak empat rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga yang dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Sepertimana solat Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran profesor itu tentang solat Isyak yang mengandungi empat rakaat. Logiknya pada waktu malam, kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut dijalankan, didapati terdapat keistimewaan mengapa ALLAH mensyariatkan empat rakaat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud pada waktu sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan dan memberikan tenaga untuk kita bangun malam, iaitu qiyamullail.

Dalam kajiannya, profesor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan ALLAH TAALA itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya pencipta alam ini. Akhirnya dengan hidayah ALLAH, beliau memeluk Islam.

Ulasan saya :


Tidur kita yang tidak sampai beberapa jam tentulah tidak habis lagi proses penyeimbangan antara cas yang berlaku. Jadi solat Isyak inilah sebagai tampungan untuk proses penyeimbangan cas supaya tenaga kita cukup untuk bangkit menunaikan Qiyamullail.

Untuk solat Asar, cas yang diperoleh sewaktu solat Zuhur tadi sudah tidak stabil kerana ada yang telah digunakan. Padahal badan kita masih memerlukan lebih banyak cas untuk bekerja. Jadi padanlah empat rakaat diperuntukkan untuk solat Asar.

Seperti yang kita pelajari dalam fizik, elektron yang membawa cas adalah penggerak tenaga dalam badan, contohnya yang kita tahu pergerakan elektron dalam elektrik. Tanpa pergerakan elektron, arus elektrik tidak akan terjadi dalam wayar perkakas elektronik kita di rumah. Apabila wujudnya pergerakan elektron, wujudlah tenaga yang kita kenali sebgai tenaga elektrik.

Memandangkan unsur-unsur galian memang terdapat di dalam tubuh kita seperti ferum, jadi tidak mustahillah kita juga boleh terkena renjatan elektrik kerana unsur galian itu merupakan konduktor elektrik yang baik. Jadi tidak dapat disangkal lagi akan keupayaan badan kita untuk memiliki cas positif dan negatif ini. Ferum itu adalah unsur besi di dalam tubuh, melalui darah kita yan berwarna merah, adalah ferum itu sebagai komponen dalam tubuh kita.
Ferum itu seperti yang kita tahu termasuk dalam kumpulan ‘transition metal’ yang membentuk ‘coloured compound’ atau sebatian berwarna apabila bergabung dengan elemen yang lain, contohnya oksigen. Ferum atau ‘iron’ dalam Bahasa Inggeris, mempunyai isomer yang boleh membentuk warna merah atau biru apabila bergabung dengan elemen lain. Sebagaimana kita lihat besi berkarat, besi yang asalnya berwarna kelabu itu menjadi merah kerana sudah bercampur dengan oksigen di udara untuk membentuk ‘iron oxide’ atau ferum oksida.

Komponen dalam darah yang digunakan untuk membekalkan oksigen ke seluruh badan iaitu sel darah merah mempunyai haemoglobin, yang terdiri daripada banyak ferum. Apabila haemoglobin itu bercampur dengan oksigen, merahlah darah tersebut. Ini hanya sebahagian penjelasan yang membuktikan adanya unsur besi dalam badan kita. Unsur besi inilah yang menjadi konduktor bagi cas untuk mengalir.

Lihat sahaja apabila kita menyarungkan baju yang tidak diletakkan pelembut, bulu roma kita akan menegak. Pelembut itu berfungsi sebagai penyah elektrostatik dan menstabilkan cas pada baju tersebut. Bulu roma yang menegak menandakan adanya proses pertukaran anta cas pada baju dan badan kita untuk diseimbangkan.

Jadi apabila kita terserempak dengan makhluk halus, bulu roma kita yang meremang itu juga membuktikan wujudnya proses pertukaran cas. Makhluk halus itu terdiri daripada gelombang. Jadi, makhluk halus juga mempunyai cas!

Kerana badan kita telah mempergunakan sepenuhnya masa rehat kita untuk menstabilkan cas. Tidak mungkin penstabilan cas dapat berlaku dengan sempurna sewaktu kita menjalankan sebarang pekerjaan, kerana badan masih memerlukan cas tersebut untuk bekerja. Jadi solat berjemaah sangat dianjurkan dalam Islam untuk mengembalikan cas yang telah hilang dari segi fizikalnya. Jika dilihat dari segi mental, ia simbol perpaduan antara umat Islam dan penyambung silaturahim serta mengeratkan ukhuwah sesama saudara Islam.

Comments