Nabi Isa a.s.

Isa AS akan turun di Menara Putih iaitu al-Mannarah al-Baidha di timur Damsyik.Nabi Isa AS pula digelar al Masih kerana diberi mukjizat oleh Allah untuk berkuasa memulihkan penyakit sopak.Isa AS akan hidup di bumi selama 7 tahun hingga 40 tahun setelah membunuh Dajjal dan Yakjuj serta Makjuj. Isa AS turun dari langit untuk membunuh Dajjal dan mengalahkan orang Yahudi. Orang Yahudi yang menyorok di balik pokok juga tewas. Tatkala itu, batu dan pohon menunjukkan tempat sembunyi orang Yahudi kecuali pohon Ghardaqah atau Gharqada ( saya kurang pasti ) iaitu pohon berduri di Palestin. Sebab itulah bangsa Yahudi cukup rajin untuk menanam pokok ini dengan harapan ia dapat menyelamatkan mereka dari ditangkap dan dibunuh oleh tentera Muslim.Isa AS turun untuk menghancurkan tanda salib, membunuh babi dan cukai Jizyah(cukai untuk orang kafir yang menerima perlindungan dalam negara Islam) dan tidak menerima agama selain islam atau pedang.

Mengenali Isa AS :-Bersusuk tubuh sederhana
-Kulitnya putih kemerah-merahan
-Turunnya ia dengan memakai dua lapis pakaian yang kekuning-kuningan yang dicelup dengan wangian
-Kepalanya seperti menitiskan air walaupun tidak basah
-Tatkala turunnya ia meletakkan tangannya di atas sayap-sayap malaikat
-Bila dia menganggukkan kepalanya, maka jatuhnya titisan air-Bila diangkatkan kepalanya maka jatuhlah butir mutiara
-Rambutnya panjang terurai antara bahunya
-Rambutnya kelihatan basah
-Umurnya kira 33 tahun

HIKMAH PENURUNAN ISA AS
-Membatalkan dakwaan orang Yahudi bahawa mereka telah berhasil membunuh Nabi Isa AS.
-Dan membantah dakwaan orang Yahudi bahawa dirinya adalah tuhan.

Comments