Al Qiyamah details

Al Qiyaamah Details

Tanda-Tanda Yang Boleh Dilihat Oleh Orang Mukmin
Dajjal

-Mata kanannya terhapus, dan dia akan mengembara ke seluruh pelosok dunia.

-Dari perkataan ‘Dajlun’ bermaksud penutup, dia menutup kebenaran dengan kebatilan
Al Masih iaitu gelaran yang diberikan juga kepada Dajjal membawa maksud lain, iaitu hapus.

Ciri-ciri Dajjal:

-Daripada kaum Yahudi asalnya

-Berupa syaitan

-Dikelilingi syaitan

-Diikuti 70 000 orang Yahudi

Dari pandangan jauh

-Pendek rupanya

-Berbadan besar

-Berkulit merah kecoklatan

-Berkepala besar

-Berambut keriting kasar

-Hujung tapak kaki dekat tetapi dua tumitnya berjauhan, kakinya sangat menjarak antara kiri dan ke kanan.

Dari pandangan dekat

-Seperti syaitan

-Mata kanannya terhapus

-Tidak beralis

-Mata kirinya berwarna hijau bersinar, membulat, cair dan menjulai keluar

-Antara dua matanya terdapat huruf Kaf Fa Ra yang boleh dibaca setiap yang pandai atau yang buta huruf.

Tempat kurungan Dajjal sekarang :

-Terperangkapnya ia di negeri di barat iaitu Khurasan-sempadan Rusia dan Iran yang berdekatan dengan Desa Yahudi di Isfahan.

TEMPOH TIGA TAHUN YANG SUSAH.

Allah menahan sepertiga isi langit dan bumi pada tahun pertama2/3 isi langit dan bumi ditahan pada tahun keduaKeseluruhan isi langit dan bumi ditahan pada tahun ketigaWaktu itu, manusia hanya mampu hidup berbekalkan tahlil, tahmid, dan takbir.Waktu itulah Dajjal keluar dan melakukan fitnahnya. Dajjal berjalan di seluruh penjuru selama setahun, 2 bulan dan 2 minggu.

TANDA DAJJAL KELUAR.

-Keringnya Tasik Tiberia-Habisnya kurma negeri Baisan ( antara negeri Palestin dan Jordan ) selepas perang Armageddon setelah ditakluki oleh Syam.

-Kemarau, kelaparan, bencana,mahal harga barang dan berkurangnya agama manusia-Kerosakan umum, ketidakstabilan politik, krisis antarabangsaFitnah Dajjal bersifat syaitani, dan lemah pengaruhnya terhadap orang mukmin.Ia keluar waktu semua orang kelaparan, ia mendakwa kebaikan yang ada pada dirinya, kemudian mendakwa kenabiannya, kemudian yang terakhir sekali mendakwa dirinya selaku tuhan. Saat itu terhapuslah mata kanannya dan timbullah di atas keningnya Kaf Fa Ra. Saat itu berlarianlah manusia yang mempunyai akal dan tahulah akan sifat dan apakah jenis makhluk Dajjal itu. .Dajjal bersama pendeta Yahudi menyediakan sembelihan di Candi Sulaiman ( barangkali di tapak Masjidil Aqsa seperti yang didakwa Rejim Zionis) yang baru selama 7 hari tetapi ditolak oleh Allah.Ia keluar lalu melambaikan roti, ia mempunyai gunung roti dan sungai air untuk minum.

--Waktu itu terpedayalah orang yang materialistik, bersyahwat dan pencinta dunia.

-Orang yang tidak kuat imannya janganlah berdiri di hadapan Dajjal. Hanya orang yang mempunyai keyakinan yang sempurna boleh menghadapinya.

-Dajjal ini tidak boleh memasuki Makkah dan Tibah kerana dihalang oleh malaikat dengan pedang yang berkilauan. Diriwayatkan dalam sebuah Hadis Hassan, Nabi Muhammad SAW mengetukkan tongkatnya di atas mimbar beberapa kali sewaktu berkhutbah di Madinah, dan sabdanya “ Inilah Tibah, inilah Tibah,” (Madinah itu juga dikenali sebagai Tibah)HADITH HASSAN“ Ia (Dajjal ) menaikkan seseorang ke tempat tinggi dan bertanya apakah Istana Putih itu? Itulah Istana Ahmad” ( masjid nabi SAW sedangkan ketika nabi berkhutbah masjid nabi itu hanya dibina dengan tiang kurma dan batu kerikil dan pelepah tamar tetapi kini kita boleh lihat bahawa masjid nabi SAW kini dibina dengan batu dan berwarna putih seperti yang disabdakan nabi SAW ). Ia ingin masuk tetapi dihalang. Lalu ia mencari tempat lapang. Madinah bergoncang sebanyak tiga kali lalu keluarlah orang fasik menuju ke arah Dajjal. Maka sucilah kota Madinah dari orang fasik dan a’si.

Sebagai panduan,

-Bacalah surah al Kahfi iaitu ayat 10 terakhir surah itu untuk melindungi diri, sedikit doa khusus.

-Berlari ke Makkah atau Madinah.

FITNAH DAJJAL:“Andai aku bangkitkan ibu bapa kamu, apa kamu akan mengaku aku ini tuhan?” Setelah orang Badwi berkata ya, maka muncullah syaitan menyerupai ibu bapanya dan ibu bapanya itu memintanya supaya mengakui Dajjal sebagai tuhan.-Ia akan memerintahkan langit menurunkan hujan, maka turunlah hujan. Ia mendesak bumi agar menumbuhkan pokok, maka tumbuhlah pokok.

-Sesiapa yang mendustakan Dajjal, maka musnahlah binatang ternakan. Bagi yang mengakui ketuhanannya, maka negeri itu digemukkan binatang ternakan dan beroleh nikmat.Sewaktu hendak mendirikan solat, Imam Mahdi menyuruh Nabi Isa AS agar mengimami solat, tetapi Nabi Isa AS menolak. Setelah selesai solat, muncul Dajjal di muka pintu. Maka melelehlah Dajjal lalu mencair dan melarikan diri ke timur kota Lud, Palestin. Isa AS mengejarnya dan berkata “Sesungguhnya aku berhak mengajarmu dengan satu pukulan” dan kemudiannya membunuh Dajjal dan memperlihatkan darahnya Dajjal itu.Lalu Isa AS akan menjadi pemimpin yang adil dan bijaksana, menghancurkan tanda salib, menghapuskan zakat, permusuhan, kedengkian, membuang bisa daripada binatang, mewujudkan hanya satu agama iaitu Islam, orang Quraisy mulai berkuasa, barang-barang menjadi murah dan dengan memakan sedikit makanan juga akan mudah kenyang.

Comments