Al Qiyaamah details 2

Terbitnya Matahari Dari BaratMatahari telah pun meminta kepada Allah untuk terbit dari tmur dan terbenam di barat. Namun suatu hari, Allah menyuruhnya agar terbit di barat, kemudian ia terbit dari timur seperti biasa dan terbenamnya di barat seperti biasa. Ia sebagai tanda bahawa pintu taubat sudah tertutup.Keluarnya Al DabahIa keluar sewaktu Dhuha setelah matahari terbit dari barat. Ia akan mengecop manusia untuk membezakan antara orang mukmin dengan orang kafir sebagai penyempurnaan maksud penutupan pintu taubat.Ia akan memberi kekang kepada hidung orang kafir dengan Tongkat Nabi Musa AS. Dan menyinari wajah orang mukmin dengan Cincin Nabi Sulaiman AS.
Ciri-Ciri Al Dabah
-Haiwan yang bertubuh besar
-Berbulu panjang
-Larinya sepantas kuda
-Mempunyai beberapa kaki
-Mengulang perkataan bahawa manusia sudah tidak yakin lagi dengan ayat-ayat Allah
-Memekik antara Maqam Ibrahim dengan Hajarul Aswad sambil menebarkan tanah di kepalanya sehingga manusia bertempiaran lari
-Hanya Muslimin yang teguh imannya tidak akan berganjak

Keluarnya Asap
-Asap itu akan berada selama empat puluh hari
-Setelah adanya kemunculan asap, datanglah angin lembut dari Yaman yang akan mencabut setiap nyawa orang mukmin dan akan menyiksa nyawa setiap orang kafir.

Comments