tokoh dunia dan perkembangannya

sewaktu pemilihan obama dahulu dalam pilihanraya presiden AS, ramai rakyat sudah mula mengharapkan sinar magis yang akan dibawa obama serta keupayaanya untuk memulihkan hubungan baiknya dengan negara islam khususnya. namun semuanya hambar dan hampa apabila dia bersekutu dengan angela merkel, wanita paling berpengaruh di jerman dan menyatakan kesediaannya untuk melawan pengganas yang masih lekat labelnya pada umat islam. malah dia juga ada menyatakan yang dia akan tetap menjalinkan dan meneruskan sahaja hubungan baik dengan israel. contoh nama besarnya ialah ehud barak, ehud olmert yang diklasifikasikan sebagai kurang ganas berbanding pendirian benjamin netanyahu yang lebih keras dan menyatakan keengganan untuk keluar dari palestin, tzipi livni yang kelihaatan lebih lembut dalam pendiriannya. malah ancaman terbaru datang pula apabila gereja seventh adventist di kampung halaman obama bertindak mempelawa nenek obama yang sememangnya islam supaya menukar agamanya kepada kristian. melenting benar nenek obama itu dibuatnya.

barangkali status cucunya yang memang sudah menukar agama dari islam ke kristian menjadikan gereja itu tidak teragak-agak untuk mencari ahli gereja yang baru demi meneruskan dakyah mereka.

jika dilihat dari sejarah obama, obama sememangnya seorang islam, namun kerana ayah kandungnya yang kurang mempercayai kewujudan tuhan, ibunya yang dari seorang kristian menjadi seorang islam dan ayah tirinya di indonesia yang kurang menitik beratkan tentang islam walaupun begitu, obama juga ada dihantar ke madrasah dan mendalami pengajian fardhu ain di sana. dengan pengetahuannya dalam islam, tindakannya memberi salam pernah mencetuskan kontroversi tidak lama dahulu. ramai mat salleh yang terangkak-rangkak mencari makna assalamualaikum di dalam internet. namun saya kurang senang dengan pendapat seorang mat salleh yang menyatakan lafaz assalamualaikum itu boleh juga dinyatakan kepada bukan islam kerana ia sangat umum dan maknanya juga biasa, iaitu mengucapkan selamat sejahtera kepada seseorang. dia bertindak menyamakan ucapan assalamualaikum dengan ucapan barat yang biasa contohnya good morning, dan hello. lafaz salam itu adalah specific, mungkin agak sukar untuk dihuraikan di sini, namun sejahtera itu juga mengandungi makna yang islami. apatah lagi dengan menjawab salam orang bukan islam hanya dengan alaika dan bukannya waalaikummussalam. maksudnya salam bukan islam tidak berbalas.

sejak orang tua obama meninggal, dia menetap di amerika di mana nenek dan datuk sebelah ibunya bertindak menghantarnya ke gereja di sana walaupun mengetahui dia seorang islam. dan hasilnya, obama yang tiada pembimbing untuk menunjuk ajarkannya dalam islam menjadi seorang kristian di penghujung 20-an.

Comments