rasa hati yang pelik

pagi itu aku bangun macam biasa, tapi kali ni lebih awal sikit, sebab ada kelas tambahan syariah. baju sekolah aku belum iron lagi. lepas iron, aku teringat pesan ustaz tempoh hari supaya bagitaw kat semua orang jadual kelas syariah dah tukar kepada hari isnin saja dari pagi sampai ke tengahari. aku try telefon diana. dua kali. tapi tak dapat. line dia busy. lepas aku kemas buku sekolah, aku telefon lagi. alhamdulillah, kali ni dapat. diana cakap semua orang dah taw kata kelas dah tukar jadual. lega betul rasa hati ni. tak delah nak gaduh telefon semua orang. jam dah pukul tujuh setengah. mandi belum lagi. gabra giler aku dibuatnya. aku keluar rumah pown dengan kalut semacam. sampai kat tengah jalan, aku rasa kepala aku berangin. ringan. sekali aku tengok dalam cermin motor, ya tuhan, aku tak pakai helmet.

abah, helmet tak pakai! terkocoh-kocoh abah patah balik nak amik helmet kat rumah. habis tu, kami pown kuar rumah macam biasa. tapi abah pakai jalan lain. lalu dekat kampung mana tah. dengan ayam itik berderet tepi jalan, dengan abah yang bawak motornya pelan semacam...aku jadik geram. jalan yang abah lalu lengang dan tak banyak orang. biasanya abah akan lalu jalan besar yang lebih banyak orang.

abah, dah pukul lapan dah! cepat-cepat aku ingatkan abah. abah cuma kata ya,ya dan angguk. tapi motor tetap slow macam tu jugak. hei....

sampai simpang jalan kat ladang kelapa sawit, aku baru rasa pelik. kereta yang lalu semua lambat. motor pown lambat. takde yang laju menderu macam hari biasa. rupanya kat simpang satu lagi ader accident. remuk bangang keta tu. motornya pulak tercampak ke depan keta. tapi penunggangnya takde. aku dah bayangkan plastik hitam yang biasa aku nampak dalam tv, polis dsb. sebab bonet keta tu teruk. mesti impulsive force dia kuat bangang. abah lalu depan keta tu, dan aku nampak ader orang laki, terbaring atas jalan. badan dia tak bergerak pown. kepala dia orang lapik dengan kain kasar. sebelahnya ader sorang pak cik baru nak telefon. aku tengok kejap aje. kalau tengok lama-lama, aku bukannya kuat semangat pown, accident cenggitu. balik tu, abah cakap, orang tu yang kene langgar tu cuma tak larat gerak aje. tangan dia patah. kira besar rahmatla idup lagi. sebab dari gaya keta tu remuk, biasanya yang bawak motor tu akan parah. kalau tidak orang yang lalu lalang ingat nak katok dah pemandu keta tu, tapi tak jadi sebab dia bertanggungjawab dan tolong papahkan penunggang motor tu, tolong telefon ambulans. jabatan pertahanan awam pown ada. kat sini aku tak salahkan sesape pown. cuma lagi bagus kalau tak bawak laju. ehehe. patutnya aku pown tak leh kejan sangat abah untuk bawak laju. maunya nyawa melayang, tak pepasal nanti.

teringat aku dulu, pernah nampak accident. kat umah lama kat seberang jaya. time tu kat taman permainan. sambil tunggu adik aku habis main, aku pown bukakla bekal dan makan dengan bestnya. tiba-tiba aku dengar bunyi brek, kuat giler. nampak sangat pemandu tu bawak laju, kalau tak dia takkan brek sekuat tu. kalih belakang aje, nampak dua orang mat motor yang dok berlengah-lengah atas jalan tadi dah melambung ke atas. jauh ke depan.

jatuh aje motor tu dengan penunggangnya kat jalan, pemandu van yang langgar motor tu tadi bukak pintu van dia terus cabut. bagus sungguh pemandu macam tu. orang ramai yang tengok tak sempat nak kejar dia, sebab semua pakat ternganga tengok lambungan hebat motor tu. dua orang mat motor tu, kalau pakai helmet takpela, tak pakai elok-elok. tak ikat tali keledar tuh. akibatnya helmet tu terbang dulu, tak lekat kat pala dia orang. akibatnya kepala yang tak berhelmet tu hempas tanah la jadinya. terkodek-kodek dua-dua orang tu. pastu keras. gerun gak la. aku terus panggil adik aku, suruh balik.

tak mau la duduk lama-lama kat situ.

hati-hatila di jalan. jangan duk pecut sangat.

Comments