Konflik Georgia-Russia

Perang di wilayah ini sudah lama berlalu, tapi ia pantas menunjukkan bahawa pemimpin Georgia yang terang-terangan menyokong Amerika mencetuskan kembali perang dingin antara Georgia dan Russia. Tampaknya penduduk di wilayah Ossetia lebih memihak kepada Russia berbanding Georgia. Tapi akhirnya penduduk Ossetia yang menjadi mangsa kehebatan teknologi Russia yang seakan-akan berlumba dengan Amerika Syarikat untuk memperlihatkan kehebatan teknologi mereka.

Filem di Amerika penuh dengan hasutan dan nada kebencian terhadap negara yang dianggap sebagai musuh mereka. Lihat saja The Pacifier kalau tidak silap saya, pengganas yang dikatakan mereka yang bertanggungjawab untuk mencuri perisian ketenteraan milik Amerika adalah orang Korea yang merupakan jiran di sebelah rumah mereka sendiri, yang kononnya tindakan itu membahayakan keluarga pencipta perisian tersebut. Tatkala filem itu ditayangkan, Amerika sedang rancak berkonflik dengan Korea soal senjata nuklear yang baru dibangunkan Korea Utara. Amerika juga bertindak membangunkan bermacam senjata canggih malahan senjata nuklear juga tidak terkecuali. Bezanya ia tidak didedahkan kepada umum. Si polis dunia ini juga bertindak menuding jari kepada Iran sebagai penjenayah antarabangsa apabila Iran mula membangunkan teknologi senjata nuklear.

Tatkala Israel menggunakan bom berisi fosforus yang mengorbankan nyawa penduduk dan kesannya mengambil jangka masa yang panjang sebelum menamatkan riwayat seseorang, Amerika hanya diam membisu. Langsung tidak berkata apa-apa.

Pembohongan Bush melalui tragedi 9/11 telah pun terbongkar. Apa tidaknya, melalui kajian yang telah dilakukan oleh unit penyelidik di bawah yayasan Jimmy Carter, sejumlah 5000 orang Yahudi yang sememangnya pekerja tetap World Trade Center bercuti pada hari tersebut. Tanpa bukti yang kukuh, Amerika bertindak menuding jari ke arah Osama bin Laden malah bertindak memerangi Iraq dan bersekongkol dengan puak Syiah di sana. Seterusnya apa yang kita lihat ialah hukuman gantung yang dikenakan terhadap Saddam pada hari raya korban yang dilakukan sebagai simbolik bahawa Saddam ialah korban Iraq pada hari perayaan tersebut. Condoleeza Rice juga tampak rileks sewaktu pengeboman itu berlaku. Malahan, Bush bertindak mengumumkan bahawa dia melihat runtuhan WTC tersebut sewaktu mengunjungi sebuah sekolah di Amerika sedangkan berita masih belum disiarkan di televisyen. Barangkali pembaca berita juga sedang terkocoh-kocoh hendak bersedia di hadapan kamera walhal Bush telah pun mengumumkan tragedi tersebut.


Inilah zaman Bush yang malang, setelah Bush turun dari jawatannya, seorang pemimpin Israel dengan terangnya mengakui "Bush mengikut telunjuk saya,". Kasut yang dibaling oleh Muntadar al-Zaidi walaupun tidak mengenai Bush yang kelihatannya pantas mengelak, tetap meninggalkan bekas saat-saat akhir pemerintahannya.

Comments