jangan pandang sebelah mata jerk...

humm...

saya kurang setuju dalam penilaian orang ramai terhadap hal Kartika Sari Dewi, model yang penuh kontroversi sekarang berikutan kesnya yang meminum arak di Kuantan, Pahang tahun lalu dan sekarang hanya menunggu masa untuk menerima hukuman sebat oleh mahkamah syariah.

saya hormati keputusan pihak mahkamah yang menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut kerana menghormati bulan Ramadhan. seharusnya bulan ini diperuntukkan untuk kita sebagai umat islam beribadat dan bertaqarrub kepada Allah. semua pihak harus melihat dengan dua belah biji mata terhadap pelaksanaan hukum Allah ini.

maksud saya, pengharaman arak mesti dilihat sebagai sesuatu yang serius, ini tidak, masih ada pihak yang cuba mempertikaikan hukum Allah ini. pihak mahkamah bukannya main hentam keromo untuk terus melaksanakan hukuman ini, faktor alat yang digunakan untuk menyebat dan keadaan pesalah yang akan disebat juga diambil kira. hukum ini bukan menindas wanita, malahan sebatan yang dikenakan adalah ringan berbanding hukuman sebat yang biasa dijalankan di mahkamah biasa. hukuman ini sudah dikaji bersesuaian dengan pesalah sendiri. arak itu sudah jelas membawa keburukan dan hukuman ke atas pesalah yang meminum arak tidak boleh dipertikaikan.

hukuman bertujuan untuk menyedarkan pesalah dan memberi pengajaran kepada orang ramai supaya tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan. sekiranya ada keringanan diberikan terhadap pesalah, sudah tentu semakin ramai yang tidak teragak-agak untuk meneguk air setan itu. malahan ada yang memandang hukum Allah sebelah mata sahaja.

hukum ini tidak boleh dilihat sebagai hukuman yang outdated, ortodoks, kolot, ketinggalan zaman atau tidak bertamadun. cuba kita renungkan sejenak dan berfikir, adakah minum arak itu kita katakan sebagai perbuatan yang bertamadun? bagi yang sentiasa mengikuti ‘trend’ abad ini, dikatakan arak itu minuman yang melambangkan ‘kedewasaan’.

bertamadunkah meminum arak yang mengandungi sebahagian besar alkohol, yang menjadikan peminumnya tidak waras, bercakap yang bukan-bukan, pergerakannya menjadi hilang kawalan, entah apa butir bicara yang keluar dari mulut itu langsung tidak dapat difahami, kalau memandu kenderaan juga tidak tentu hala sehingga menyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan jalan raya. peminum juga hialng ada sopan, itukah minuman yang diterima sebagai ‘bertamadun’?

bagi jangka masa panjang, pelbagai kerosakan organ boleh berlaku. adakah ini yang dikatakan ‘minuman abad ini’? jadi kalau hukum Islam yang menghukum peminum arak dengan sebatan dikatakan tidak bertamadun, jadi sesuai sangatlah dengan perbuatan minum arak itu. minum arak itu bukannya perilaku yang bertamadun, iya, jadi wajarlah digandingkan dengan hukuman sebatan mengikut syariat Islam yang dianggap oleh sebilangan orang yang ‘tinggi’ pengetahuan agamanya sebagai hukuman yang ‘tidak bertamadun’. adil kan?

Comments