Erti Berbakti Kepada Orang Tua

Maksudnya ialah berbuat ihsan @ berbuat baik kepadanya dengan menyelesaikan atau menunaikan kewajipan sang anak terhadap orang tua, baik dari segi moral ataupun spiritual yang sesuai dengan ajaran Islam. Sekiranya ada perintah dan kehendak orang tua yang tidak sesuai bahkan bertentangan dengan ajaran Islam, perintah tersebut tidak perlu ditaati.

Hak-hak orang tua yang harus dipenuhi sang anak menurut Profesor Dr TM Hasbi As-Siddiqi dalam Al-Islam ialah:

-Apabila mereka menghajati makanan, maka hendaklah kita sebagai anak memenuhinya
-Apabila mereka menghajati pakaian, maka hendaklah kita berikan
-Apabila mereka memanggil kita, maka hendaklah kita menyahut dan pergi kepada mereka
-Apabila mereka berhajat meminta kita membantu mereka, maka hendaklah kita laksanakan
-Apabila mereka menyuruh, hendaklah kita taati suruhannya selama suruhannya itu tidak membawa kederhakaan kepada Allah
-Melemah-lembutkan suara apabila kita berbicara dengan mereka
-Memanggil mereka dengan panggilan yang menyenangkan hati mereka
-Apabila hendak berjalan, dahulukan mereka di hadapan. Kita sebagai anak berjalan di belakangnya
-Turut menyokong dalam hal-hal atau perkara yang disukai oleh mereka, makna kata segala perbuatan dan tindakan ibu bapa kita, kita sukai, kita bela dan kita sokong apabila ia bukan merupakan perbuatan maksiat kepada Allah
-Memohonkan keampunan Allah atas segala dosa orang tua kita setiap kali kita memohon keampunan kepada allah untuk kesalahan kita sendiri.


Beroleh pahala bagi anak yang melihat kepada orang tuanya dengan senang hati dan penuh rasa sayang terhadapnya

Comments