Ah Long Oh Ah Long

Ah Long tidak akan wujud tanpe adenyer mende cam neyh.

Lewat hari ini kita disogokkan dengan pelbagai cerita yang langsung tidak menyedapkan hati dan kerongkong tentang keganasan Ah Long dan bebanan hutang yang semakin membukit. Sampai kene rantai orang yg berutang tuh. Kite yg menengok di tv jadik kecut perut. Well, kalau dilihat dalam iklaneka harian dalam surat khabar, banyak yang diisytihar muflis. Statistik dari Buletin Utama mendedahkan ramai yang muflis dan terpaksa meminjam dari ah long kerana kad kredit dan judi. Sounds terrible, right?

Waktu inilah yang semua orang patutnya kembali kepada basic yang rasanya semua orang pernah tahu time budak2 dulu kan? Al-Quran. Kad kredit ini bagus, bukan nak mengatakan kad kredit punca muflis atau bangkrap gitu, dan judi pulak bukannya benda yang bagus di sisi agama ( semua orang tau kan). Tujuan kad kredit adalah untuk meringankan dompet dan kalau kene rompak atau curik gitu boleh mintak tolong pihak bank tolong blok aliran kuar duit tuh. Duit tu tak yah bawak banyak sangat kalau nak gi ke mane pown, lain lar kalau terdesak giler nak bayar ansuran keta ke atau lain2 urusan orang dewasa.

Tapi sayang dan sayangnya, kad kredit neyh jadik modal untuk shopping. Ape orang putih kate, shop till drop. Memang drop sungguh pown. Seronok dok beli mende memahal, untuk kepuasan diri katenya ( atau untuk tayang kat kawan ). Nah, sekarang kita definisikan kad kredit tu dalam situasi ni sebagai tak perlu. Buat ape beli baju memahal kalu untuk pakai dua tiga kali dalam setahun? Lagi bagos beli kat pasar malam. Tapi ade sesetengah orang anggap low quality atau jatuh standard beli kat pasar malam. Tapi saya yang suka window shopping neyh rasa mahal atau tidak kerana kualiti tuh, kalau kita pandai jaga tetap tahan lama. Sama saja kalau beli yang mahal2 tapi kalau tersangkut kat paku di ampaian atau ape2 jelah yang menyangkutkan baju tu lalu koyak, takde bezanya dengan baju pasar malam. Lagipun saya bukannya apa, saya suka support barang buatan Malaysia, taruk tepilah mende yang Mat Salleh suka pakai tuh. Namun saya bukannya orang yang sentiasa dilimpahi duit yang banyak, justeru saya sendiri pown tak paham kenapa perlunya shopping yang merapu neyh. Tak pelah, buat apa saya nak paham, saya tak macam diorang.

Atau pown orang yg sonok melabur kat BSKL atau ape2 istilah saham yang payah untuk budak2 paham. Untung lebih. Patutnya dapatkan nasihat yang pakar dulu. Kalau tak silap, kita kene tengok keadaan dulu, jatuh bangun indeks tuh....bla3...

Kalau judi, saya tak mahu ulas lebih. Udah terang lagi bersuluh. Saya tak ingat lokasi ayat Al Quran tu kat mane, juzuk brape, tapi yang pastinye al-khamr wal maisir. Khamr tu yg kite tau maknenye araklah, yg Mat Salleh dalam American Inventor katakan sebagai martini, liquor, vodka atau beer dan istilah2 best yang len. Maisir itu judilah maksudnye.
Kite dapat duit dan rezeki tuh hasil dari pekerjaan yang halal, bukan bertaruk kat meja judi. Orang kate kalau tak cuba tak chenta. Yang udah cuba judi itulah lalu jatuh chenta ngan judi dan jadik liat nak tinggal meja judi keramat tuh. Jadik penjudik tegar. Huhu.

Lastly, mende2 sekarang neyh bukannya complicated sgt. Prob yang banyak melimpah tu patutnye tak ade. Sekarang neyh, jalan penyelesaiannya sgt simple. Kalau Tuhan kate jangan, tak yah ler buat. Bukannya ape, Tuhan tahu ape yang terbaik untuk manusia. Tak usahle kite sanggah. Kan senang gitu.

Kan dah ade dalam Quran...

“ Dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas,” ( Ayat brape tak ingat )

Nah, itulah maknenye back to basic.

Comments