tyme tu kan....

Minggu lepas, aku agak teruja bila ustaz Halim cakap Pak Lah nak mai sekolah aku sebab nak bagi hadiah kat budak SPM tahun lepas. Sangat teruja. Jadi aku minta pak aku sediakan bateri untuk kamera aku. Kebetulan pulak hari tu tusyen Syariah. Kami satu kelas pakat tak mahu tusyen dan beri alasan Pak Lah nak mai duk kat dewan. Ustaz Rosli jadi cam tak best je muka dia. Katanya, apa kena mengena Pak Lah dengan tusyen Syariah. Lalu kami akur dan menyerah. Habis je tusyen, aku lari ke dewan dengan kamera, abah pun ikut sama sebab nak salam dengan Pak Lah. Sementara tunggu Pak Lah yang sedikit lewat sebab tengok isteri Ketua Menteri sarawak yang baru meninggal, aku sembang dengan sorang makcik yang tolong temankan anak dia ambil hadiah. Cara mak cik tu cakap tak menyenangkan hati aku.

http://www.improvingyourworld.com/relationships/images/annoyed33031886.jpg
www.improvingyourworld.com

Katanya, anak dia dulu dapat UPSR result tu cukup elok. Tapi anak dia apply untuk masuk Irshad dan tak dapat. Sekolah kami terlalu strict bab kemasukan pelajar baru sejak tahun 2006. Pas tu dia kata anak dia dapat St George. Baguslah tu. Tapi dia agak terkilan sebab result PMR anak dia tak cukup booster katanya. Anak dia dapat 6A. Dia salahkan persekitaran sekolah anak dia yang sememangnya sekolah biasa. Dia kata anak dia tak tahu nak bersaing dengan siapa sebab anak dia belajar dengan orang bodoh. Tergamamler jugak aku. Dalam hati aku mahu saja aku tazkirahkan dan kuliyyahkan mak cik tu. Semua orang Allah ciptakan dengan taraf IQ yang sama, dan pandai atau bodoh bergantung kepada usaha dan berkat hidup plus doa. Tapi aku tak mahu mak cik tu cakap aku kurang ajar, malah boleh memburukkan reputasi sekolah aku pulak. Jadi aku cuma katakan, betullah tu. Kadang-kadang budak-budak lebih bersemangat untuk belajar bila adanya pesaing. Tapi dalam hati aku tetap kata, kalau niat belajar tu setakat hendak bersaing dengan pelajar lain baik tak payah. Kalau anak dia tak disukai cikgu pun tak guna. Atau barangkali dia kurang usaha. Barangkali mak cik itu terlupa doakan anak dia. Atau ada sesetengah amalan yang berkurang sebab disedekahkan kepada orang lain ( maksud aku, err...pepaham jelah). Tak boleh salahkan persekitaran sekolah. Macam tak bersyukur pulak mak cik tu dengan apa yang dia ada. OK la tu, 6A. Dapat hadiah dari Pak Lah gitu. Atau mak cik tu sendiri yang tak mahu kalah bila bercakap soal pendidikan dan result peperiksaan awam dengan seorang budak sekolah Irshad. Mak cik, bersyukurlah dengan apa yang ada yerr. Opps...barangkali mak cik tak ada blog, tak pe. Aku doakan mak cik tu sedar apa yang dia cakap kat aku.

https://ulife.vpul.upenn.edu/careerservices/blog/wp-content/uploads/2012/11/studying.jpgulife.vpul.upenn.edu

Alkisahnya, aku jadi tawar hati untuk bercakap lebih dan memanjangkan borak-borak kosong kami. Aku cuma berdiri tegak di tepi dewan dan aku 'on'kan kamera. Beberapa minit kemudian, kompang mula berbunyi. Pak Lah sudah datang dengan berbaju Melayu kelabu. Dan aku dah tak hiraukan mak cik tu.

Comments