Tanda-Tanda Kiamat Yang Tidak Dapat Dilihat Oleh Orang Mukmin
-Pembenaman bumi di Timur
-Pembenaman bumi di Barat
-Pembenaman bumi di Jazirah Al-Arab (Semenanjung Arab)
-Api yang keluar dari timur yang akan membawa manusia ke Padang Mahsyar dan melalui arah Syam, sesiapa yang terlewat disorong ke sana akan terbakar sama.

Tiupan Pertama : Goncangan
-Menanggalkan ikatan tanah dengan keras dan hebat
-Mendatarkan gunung dengan bumi sehingga bertebaran debu
-Langit pecah
-Laut bergelora
-Menyalanya api
-Hilanglah hukum graviti yang normal
-Planet-planet saling berlanggaran
-Bintang-bintang berjatuhan lalu malamlah
-Matahari pula akan menyatu dengan bulan
-Alam akan kembali berupa kabut

Tiupan Kedua : Kematian
-Mematikan semua manusia kecuali 8 malaikat (ketua bahagiannya) dan malaikat pembawa Arasy yang empat
-Izrail atau Malaikatul Maut akan mencabut nyawa malaikat dan kemudiannya mati di Tangan (kekuasaan) Allah.

-Allah memegang dan menggoyangkan semua langit dan bumi dengan Tangan Kanan-Nya (kekuasaan Allah-ini hanya sekadar gambaran dari segi bahasa, perlu diingatkan Allah tidak berjisim seperti manusia)

-Lalu Allah berfirman :
“Akulah raja dunia, akulah penguasa, di manakah raja-raja bumi, di manakah para penguasa, manakah orang-orang yang sombong? dan untuk siapakah kekuasaan pada hari itu?”
-Maka Zat (kekuasaan Allah) menjawab bagi Allah yang Maha Esa lagi Perkasa

Alam yang berupa kabut ini akan berterusan selama 40 hari.

-Kemudian Allah akan menurunkan hujan, kemudian hiduplah dan terbentuklah semula jasad makhluk kecuali tulang di ekornya iaitu di punggung bawah.

Allah menghidupkan Israfil dan menyuruhnya berseru untuk pengadilan

Tiupan Ketiga : Kebangkitan
-Pada Shur, iaitu trompet atau sangkakala itu mempunyai jumlah lubang yang sangat banyak dan bersesuaian dengan setiap nyawa makhluk itu.
-Setelah ditiup maka terbanglah roh ke jasad masing-masing
-Roh orang akan bercahaya sewaktu terbang manakala roh orang kafir gelap rupanya
Bangkitlah manusia dengan kepala berulit tanah

-Berkatalah orang kafir – Inilah hari yang sulit
-Berkatalah orang mukmin – Alhamdulillah, yang menghilangkan kesedihan dari kami

MAKA SEBAGAI SEORANG ISLAM, KITA INI WAJIB UNTUK MELAKUKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT :
-menuntut ilmu seikhlas hati
-segera bertaubat
-menjadi zuhud di dunia
-mencari bekalan amalan soleh untuk dibawa ke akhirat nanti
-amalkan berdakwah walaupun secara tidak langsung
-mentaati syariat Allah
-mengelakkan perpecahan sesama kita

Comments