Membaca Muhammad Asad


Salam alaik. Semoga perkongsian kali ini akan bisa mencerahkan kalian.

Setelah setahun tidak bertemu usrah, ana bertemu juga akhawat yang dicintai setelah mula bekerja. Dijemput ke liqa, kemudian jissah ruhiyah, dan kemudian, buat sementara waktu, menumpang usrah. Tetapi, yang ingin ana nyatakan di sini ialah, betapa terharunya, saat diterima gabung untuk usrah, dan kemudian menatap wajah2 ikhwah akhawat yang sekian lama menghabiskan hidup mereka sebaik mungkin. Tanpa jemu, dan tanpa beromantisi dengan kekesalan silam. Ana masih beromantisi dengan kekesalan silam ana, dan masih terkial-kial mencari kekuatan.

Sesungguhnya kekuatan itu, dicari pada Allah, bukan pada akhawatmu.

Dan kemudian, jika kita lewati ayat2 bahagian 1/3 pertama al-Quran, selalu diulangkan, wa la khaufun alaihim wa la yahzanun.

Terus kenapa ana masih kesal? Mengapa saja ana masih tidak punya kekuatan? Ana menggolongkan diri bersama mereka namun masih tidak mampu melawan cengkaman wahan. Ana berbicara soal mutabaah kepada mereka yang ana rapati, tetapi ana sendiri terumbang ambing mencari ruh dalam bermutabaah.

Ketahuilah.

Tidak semuanya sempurna. Namun, semua ingin mengejar syurga. Bedanya, amal dan azam. Bisakah kalian mendoakan ana supaya tetap utuh?

Ana menghadiri seminar pemikiran Muhammad Asad. Dan demi memahami apa yang hendak disampaikan, ana membaca Muhammad Asad. Tersentak.

Mereka2 yang benar2 memahami Islam, semuanya menyatakan, untuk membina Islam itu sendiri, baik dalam diri hatta dalam masyarakat, adalah dengan bersumberkan Al-Quran itu sendiri. Buah fikir Muhammad Asad mirip Syed Qutb!

Gesaannya, kembalilah kepada al-Quran dan hadis, lewatilah ia sepertimana sahabat terdahulu. Sehingga mereka mampu berijtihad atas kefahaman masing-masing. Seperti Amru al As di Mesir, kemudian Ali sewaktu khilafahnya dan Aisyah dalam ijtihadnya yang pada awalnya menantang Ali namun kemudian berdamai semula.




Asad tidak dikenali sepertimana Qutb. Tetapi corak pemikiran beliaulah, yang membuatkan ana menyadari, bahawa, segala sesuatu perubahan, hatta ana dengan kekesalan silam ana, harusnya dibantes dengan al-Quran. Ana berkira-kira buku-buku bisa menghanyutkan permasalan ana dan menjawab segala persoalan namun ana silap. Ketika susah, seharusnya Quran lah yang ana rujuk, kemudian doa dan tahajudlah menjadi senjata. Bukan buku, bukan bergantung-gantung sesama manusia untuk beroleh kekuatan, bukan, bukan.

Ya Allah, ampunilah aku, dan mereka-mereka yang aku cintai. Tetapkanlah kami di atas jalan-Mu. Aamiin.

Comments