manusia.

barangkali terdapat orang yang menyatakan percanggahan di dalam Al Quran, jika diteliti tafsir ada yang mendapati manusia dari tanah liat, tanah kering, dsb.

petikan dari dialog masalah ketuhanan Jesus, terbitan Saba Islamic Media Mei 1999, terjemahan Ismail bin Ahmad, Suriah bte Md Suri.

Kiai Haji Bahaudin Mudhary : di dalam AlQuran ada menyebutkan bahawa asal kejadian manusia terdiri daripada tujuh macam kejadian. agar diketahui juga oleh saudara-saudara yang hadir di sini, saya sebutkan susunan ayat-ayatnya satu demi satu, sebagaimana yang saudara bacakan maksudnya tadi :

pertama : di dalam surah ar-rahman, ayat 14

ertinya :

Dia (ALLAH) menjadikan manusia dari tanah kering seperti tembikar.

yang dimaksudkan dengan kata shal-shaal (diterjemahkan tanah kering atau setengah kering) di ayat ini ialah unsur pembakar (oksigen).

kedua :

di ayat itu juga disebut perkataan fakhkhar yang maksudnya ialah unsur arang (karbon).

ketiga : di dalam surah al-hijr ayat 28,

ertinya :

dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat; sesungguhnya Aku (ALLAH)akan menciptakan seseorang manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk.

di ayat tersebut juga shal shaal, telah saya terangkan, manakala hamaa-in di ayat tersebut ialah unsur lemas (nitrogen).

keempat : di dalam surah as-sajdah ayat 7,

ertinya :

...Dia (ALLAH) ciptakan sebaik-baiknya dan yang memulai penciptaan manusia dari tanah.

yang dimaksud dengan kata thein (diterjemahkan tanah) di ayat ini ialah atom unsur air (hidrogen).

kelima :

di dalam surah ash-shaaffaat ayat 11,

ertinya :

sesungguhnya Kami (ALLAH) telah menciptakan mereka (manusia) dari tanah liat.

yang dimaksudkan dengan kata thienin laazib (diterjemahkan tanah liat) di ayat ini ialah unsur besi (ferum).

keenam : di dalam surah ali imran ayat 59,

ertinya :

...ALLAH menciptakan Adam dari tanah.

ketujuh : di dalam surah ali imran pada akhir ayat 59,

ertinya :

...kemudian ALLAH berfirman kepadanya, jadilah (seseorang manusia) maka jadilah ia.

di dalam ketujuh-tujuh bahagian ayat Al Quran yang saya bacakan ini ALLAH telah menunjukkan tentang proses kejadian Nabi Adam sehingga terbentuk manusia, lalu ditiupkan roh kepadanya sehingga manusia bernyawa (bertubuh jasmani dan rohani).

sebagaimana disebutkan pada ayat yang keenam, perkataan turab (diterjemahkan tanah) ialah zat zat asli yang terdapat di dalam tanah yang dinamakan sebatian inorganik yang terbentuk setelah melalui proses perpaduan antara fakhkhar iaitu karbon (unsur arang) dengan shal shaal iaitu oksigen (unsur pembakar) dan hamaa-in iaitu nitrogen, serta thein iaitu hidrogen.

jelasnya zat inorganik adalah persenyawaan di antara :

1. fakhkhar (karbon=unsur arang) di dalam surah ar-rahmaan ayat 14;

2. shal-shaal (oksigen=unsur pembakar) juga di dalam surah ar-rahmaan ayat 14;

3. hamaa-in (nitrogen=unsur lemas) di dalam surah al-hijr ayat 28;

4. thien (hidrogen=unsur air) di dalam surah as-sajdah ayat 7;

kemudian berpadu dengan unsur-unsur besi (ferum) natrium, kalium, silikon dan mangan, yang disebut laazib (sebatian inorganik) di dalam surah ash-shaaffaat ayat 11. di dalam proses tersebut, terbentuklah sebatian yang dinamakan protein. inilah yang disebut turab di dalam surah ali imran ayat 59. salah satu di antara unsur yang terpenting ialah kalium yang banyak terdapat di dalam tubuh, terutama di dalam otot-otot.

kalium dianggap terpenting kerana mempunyai peranan di dalam proses kehidupan, iaitu pembentukan tubuh halus.

dengan terjadinya proteinisasi terjelmalah proses pergantian yang disebut substitution, bergeraklah elektron-elektron sinar kosmik yang mewujudkan sebab pembentukan (cause of formation), yang dinamakan juga sebab wujud (cause of existence).

sinar kosmik ialah sinar yang mempunyai kemampuan untuk mengubah sifat-sifat yang berasal dari tanah. dengan mudah sinar kosmik dapat mewujudkan pembentukan tubuh manusia (Adam) yang berupa tubuh kasar (jasmaniah) yang terdiri dari badan, kepala, tangan, mata, telinga, hidung dan seterusnya.

sampai di sinilah ilmu pengetahuan tepat dapat mengandaikan pembentukan tubuh kasar (jasmaniah) manusia atau Adam.

sedangkan mengenai rohani tentu diperlukan ilmu pengetahuan yang serba rohaniah pula kerana ia sangat erat hubungannya dengan ilmu metafizika.

p/s: sekian. andai ada salah silap harap boleh memberi teguran.

Comments